Guardiola Salahkan Rumput Punca Man City Seri Dengan Crystal Palace

Pep Guardiola

Keputusan yang diperoleh Manchester City menentang Crystal Palace baru-baru ini jelas sekali menggembirakan penyokong Liverpool.

Hal ini kerana, City telah melepaskan dua mata selepas terikat 0-0 dengan Palace dan ini pastinya membawa rahmat kepada Liverpool.

Liverpool yang kini empat mata dibelakang City, berpeluang untuk memintas mereka ditambah The Reds ketika ini sedang mempunyai satu perlawanan dalam tangan.

Bagi pengendali City, Pep Guardiola, beliau tetap berpuas hati dengan persembahan pasukannya walaupun gagal memperoleh kemenangan.

Sebaliknya, beliau lebih geramkan rumput di Selhurst Park berbanding persembahan para pemainnya.

Menurut laporan Metro, Guardiola memuji pasukannya yang berhadapan dengan Palace yang sentiasa memberikan cabaran sukar ketika di laman sendiri.

“Kami sentiasa lebih suka nak menang tetapi perlawanan yang diharungi dilalui dengan baik.”

“Permainan yang kami tonjolkan begitu cemerlang di dalam stadium yang sukar serta rumput yang tidak sempurna. Kami sentiasa ada dan memberikan permainan yang baik.”

Saingan merebut kejuaraan Premier League musim ini semakin sengit apabila City dan Liverpool semakin hampir dari segi pungutan mata.

Dengan tinggal 9, 10 perlawanan sahaja lagi untuk diharungi serta pertembungan sesama dua kelab ini pada April pastinya akan memberikan dimensi ke mana trofi kejuaraan akan pergi.

Perlawanan Liverpool menentang Arsenal pada pertengahan minggu pastinya akan menjadi salah satu daripada plot twist kepada persaingan merebut kejuaraan Premier League musim ini.

Sumber:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN