Hukuman Gantung Perlawanan Serta Denda Menanti Rizal Ghazali

Bekas tonggak pertahanan Kedah, Rizal Ghazali yang kini mewakili Sabah berkemungkinan bakal menerima bentuk hukuman keras setelah tindakan pemain ini menolak panggilan bagi menyertai skuad kebangsaan tanpa sebarang notis dan alasan yang kukuh.

Tindakan beliau juga mengundang kemarahan dalam pengurusan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) apabila tiada sebarang surat rasmi atau bukti berbentuk surat hitam putih tidak langsung diberikan untuk menerangkan sebab pengecualiannya dari mewakili skuad kebangsaan yang sudah pun memulakan latihan pertama di Stadium Nasional Bukit Jalil semalam.

Walaupun begitu, pemain kelahiran Baling, Kedah itu masih boleh menyelamatkan keadaan beliau dari dihukum jika Rizal muncul lapor diri di kem latihan pusat pada Isnin depan kerana tindakan hanya bakal diambil dalam tempoh jendela aksi antarabangsa FIFA sahaja.

Jelas Mohd Saifuddin Abu Bakar selaku Setiausaha Agung FAM, ketika ini pihaknya tidak boleh memberi hukuman buat pemain tersebut walaupun sudah jelas menolak panggilan ke kem kebangsaan.

“Sebenarnya kita boleh ambil tindakan jika dia tidak menghadiri latihan kebangsaan pada tarikh Fifa. Jadi kita kena tunggu sampai tarikh Fifa itu, sebab sekarang ini bukan tarikh Fifa lagi.

“Tarikh Fifa lagi lima hari iaitu pada 21 Mac ini. Kalau sehingga 21 haribulan dia tidak menghadirkan diri, kita akan bawa perkara ini kepada Jawatankuasa Tatatertib, sebab Jawatankuasa Tatatertib yang akan ambil jua tindakan yang perlu diambil ke atas dia,” katanya ketika ditemui pada sesi latihan pertama skuad Harimau Malaya di Stadium Nasional Bukit Jalil, semalam menerusi Harian Metro.

Pemain berkenaan boleh dikenakan hukuman berbentuk denda dan boleh digantung daripada menyertai pertandingan domestik atau antarabangsa mengikut semakan dibuat oleh Harian Metro menerusi peraturan Fifa, di bawah Artikel 1A:Ketidakpatuhan (1) (a) dan (c).

Kelab yang dinaungi pemain tersebut boleh didenda sebanyak RM100,000 dan bakal dipotong tiga mata dalam saingan liga tempatan selain digantung automatik daripada menyertai pertandingan domestik menurut penjelasan dalam kurungan ‘a’.

Lebih memburukkan keadaan, pemain yang membuat masalah tersebut juga bakal dikenakan hukuman yang berat jika disabitkan kesalahan iaitu denda sebanyak RM25,000 serta digantung daripada menyertai aksi liga tempatan dan antarabangsa.

Saifuddin ketika ditanya sama ada pemain tersebut mengalami sebarang kecederaan atau masalah lain yang menyebabkan beliau gagal melaporkan diri menjelaskan, mana-mana pemain wajib  menyerahkan bukti laporan perubatan untuk menyokong ketidak hadiran.

“Saya hanya dimaklumkan oleh jurulatih saja (Rizal menolak panggilan). Saya tak dapat surat secara rasmi daripada dia dan juga saya tak terima apa-apa, tapi macam Syahmi Safari (memohon pengecualian latihan kerana menerima bayi kembar tiga) saya ada terima surat daripada dia.

“Kalau kecederaan pun kita kena dapatkan surat doktor dan pihak doktor FAM kena mengesahkan kecederaan itu. Barulah dia boleh dibenarkan supaya tidak menghadirkan diri ke latihan kebangsaan,” katanya.

Inisiatif terbaharu terpaksa dibuat oleh Kim Pan-gon bagi mencari pengganti Rizal Ghazali dengan mengumumkan pemain dari kelab Negeri Sembilan, Ahmad Khuzaimi Piee semalam bagi memperkuatkan jentera pertahanan Harimau Malaya.

Ikuti kami di TikTok!

Semuanya BOLA akhirnya telah tiba di TikTok! Ikuti akaun TikTok kami untuk dapatkan info ringkas dan santai mengenai bola sepak dalam bentuk video pendek sekarang.

Jom buat ramai di sana dengan ikuti di tiktok.com/@mysemuanyabola sekarang!

Sumber:
Harian Metro

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN