Guardiola Pening Selepas Permohonan Permit Kerja Douglas Luiz Ditolak

Pep Guardiola mengesahkan permohonan permit oleh Douglas Luiz telah ditolak oleh pihak berkuasa Britain.

Bagi Guardiola, perkara tersebut sepatutnya dimaklumkan kepada pihak kelab lebih awal untuk membenarkan mereka mendapatkan pengganti.

Pemain Brazil berusia 20 tahun itu dianggap oleh pengurus Sepanyol itu sebagai pemain gantian kepada Fernandinho, sekiranya pemain utamanya itu perlu direhatkan atau pun mengalami kecederaan.

(Photo by Robin Alam/Icon Sportswire via Getty Images)

“Luiz tidak dibenarkan beraksi untuk kami. Ini bermakna kami tidak mempunyai pilihan lain selain daripada menghantar Luiz untuk menyertai pasukan lain secara pinjaman,” ujar Guardiola.

“Ia sungguh ganjil apabila seseorang yang tidak pernah melihat aksi dan bakat pemain ini, kemudiannya menentukan sama ada Luiz boleh bermain atau tidak.”

“Saya faham akan peraturan (berkaitan permit) di sini, tetapi saya tidak faham mengapa seseorang dihalang untuk bekerja di mana dia suka.”

“Saya juga memilih ia tidak dimaklumkan semalam. Jika mereka menentukan ia adalah peraturan, kenapa tidak maklumkan 15 hari lebih awal, dan membenarkan kami mencari pengganti.”

Brazilian player Douglas Luiz (R) vies for the ball with Ecuadorian player Renny Jaramillo during their South American Championship U-20 football match in the Olimpico stadium in Riobamba, Ecuador on January 18, 2017. / AFP / RODRIGO BUENDIA (Photo credit should read RODRIGO BUENDIA/AFP/Getty Images)

“Pengurus Brazil, Tite dan saya sendiri lebih tahu sejauh mana bakat pemain ini berbanding dengan mereka yang membuat keputusan tersebut.”

“Ada sebab mengapa kami sanggup berbelanja £10.7 juta untuk beliau. Ini kerana David Luiz adalah pemain yang amat berpotensi.

Douglas Luiz adalah produk akademi Vasco Da Gama dan menyertai Manchester City pada tahun lalu.

MIAMI, FL – JULY 28: Sandro Wagner #2 of Bayern Munich battles for a the ball with Douglas Luiz #39 and Eric Garcia #50 of Manchester City in the second half of the International Champions Cup at Hard Rock Stadium on July 28, 2018 in Miami, Florida. (Photo by Michael Reaves/Getty Images)

DIsebabkan oleh permit kerja, pemain tengah itu dipinjamkan ke Girona sebelum dibawa menyertai jelajah pra musim baru-baru ini oleh Guardiola.

Keputusan terbaru ini bermakna Luiz belum boleh melakukan penampilan kompetitif bersama Manchester City, dan bakal dipulangkan ke Girona secara pinjaman.

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN