Guardiola: Pemain Hilang Keseronokan Kerana Jadual Terlampau Padat

Pengurus Manchester City, Pep Guardiola mendedahkan walaupun pasukannnya menang besar 5-0 ke atas Burnley, pemainnya hilang keseronokan bermain bola sepak kerana letih dengan jadual perlawanan yang terlampau padat.

City berdepan dengan prestasi turun naik sejak permulaan musim ini dan sudah tewas dua kali termasuk kekalahan kepada Tottenham Hotspur pada minggu lalu dan kini hanya menduduki tangga kelapan Liga Perdana Inggeris (EPL) selepas beraksi sembilan perlawanan.

Namun bekas pengurus Barcelona tersebut bersimpati dengan pemainnya yang terpaksa beraksi setiap dua atau tiga hari berselang menyebabkan mereka kurang rehat dan mudah terdedah dengan kecederaan.

“Sebelum ini mungkin seronok kerana hanya bermain sekali atau dua kali seminggu dengan kehadiran penonton. Sekarang ini hanya dua atau tiga hari, kemudian ada perlawanan lagi,” ujar Guardiola dalam temubualnya selepas perlawanan.

“Selepas ini kami akan ke Porto untuk dapatkan kemenangan, selepas itu terus kena bersedia untuk berdepan Fulham. Masalahnya pemain dah hilang keseronokan bermain bola sepak.”

Kemenangan ke atas Burnley menjadikan buat kali pertama pada musim ini, mereka berjaya menjaringkan lebih daripada tiga gol.

Pada awal musim, City berdepan masalah ketumpulan barisan serangannya dengan hanya menjaringkan 10 gol dalam lapan perlawanan, ditambah pula dengan kecederaan panjang peledak utama mereka Sergio Aguero.

Gabriel Jesus yang diharapkan dapat mengambil kesempatan dengan ketiadaan Aguero tersebut terus dikritik kerana gagal mempamerkan aksi yang diharapkan selepas hanya menyumbang tiga gol sahaja dalam semua pertandingan pada musim ini.

Pandemik COVID-19 yang telah menyebabkan saingan musim lepas berakhir lebih lewat dan menyebabkan saingan musim ini dipendekkan tanpa pengurangan perlawanan.

Beberapa pengurus kelab EPL telah pun menyuarakan kebimbangan mereka termasuk mendesak agar peraturan lima pertukaran pemain yang dibenarkan oleh FIFA dikuat kuasakan di liga tersebut.

Baca juga artikel kami yang lain mengenai Pep Guardiola dan Manchester City:

EPL 2020/21: Hatrik Riyad Mahrez Serikan Pesta Jaringan The Cityzens

‘Mungkin Mourinho Itu Doktor’ – Guardiola Jawab Tuduhan Halang Sterling Main Untuk England

Pep Guardiola Desak EPL Perkenal Semula Peraturan 5 Pemain Gantian

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN