Pengurus Manchester City, Pep Guardiola akan mengingati kenangan seri dengan Liverpool semalam sebagai antara hari paling menggembirakan dalam hidup beliau.
Dalam perlawanan di Etihad, Manchester City hampir tewas namun diselamatkan oleh gol Sergio Kun Aguero.
Jika tidak, Guardiola akan merasai kekalahan ke-6 dalam dalam liga buat pertama kali dalam sejarah karier beliau sebagai pengurus.
Sebelum ini, beliau tersingkir buat pertama kali di peringkat 16 pasukan terakhir UCL.
Beliau berkata:
“Anda tidak akan dapat bayangkan. Ini adalah antara hari yang paling menggembirakan dalam hidup saya sebagai pengurus.”
“Selepas kekalahan kami di UCL, boleh dikatakan kami tidak bercakap banyak di pusat latihan untuk 2 hari.”
“Kami berhadapan dengan Liverpool hari ini. Pasukan yang tidak ada komitmen di pentas Eropah dan lebih banyak masa untuk mempersiapkan diri untuk perlawanan ini.”
“Kami berjaya seri dalam pelawanan ini. Jadi, hari ini sangat menggembirakan saya kerana sebelum ini kami sangat sedih.”
“Hari ini saya gembira melihat para pemain memberikan segalanya di dalam padang. Ini salah satu hari yang paling membanggakan saya.”
“Saya akan cuba berjuang untuk kelab ini. Jika para pemain mahu berjuang bersama saya, marilah! Kita akan bersama-sama mengorak langkah seterusnya!”
“Saya di sini untuk 3 tahun dan saya mahu tamatkan 3 tahun tersebut. Tahun depan kita akan bermain bola sepak lebih baik.”
Baca juga: Perang Banner, Wenger Memberikan Respon Dan Akan Buat Keputusan Dalam Masa Terdekat