Pep Guardiola: “Saya Tidak Pernah Meminta Kelab Membawa Lionel Messi Ke Etihad”

Kane explains the difference between Tuchel and Southgate Loading official content
Kane explains the difference between Tuchel and Southgate
Harry Kane explains the differences between Thomas Tuchel and Gareth Southgate as the England national team begins a new era under Tuchel's management ahead of their upcoming match against Albania.
0 seconds of 54 secondsVolume 0%
Press shift question mark to access a list of keyboard shortcuts
00:00
00:54
00:54
 
Teruskan Menonton
Video Seterusnya De la Fuente delighted with Dean Huijsen's senior debut: 'Great news for Spain' Rabiot's reaction to France's defeat to Croatia Tuchel: 'A full Wembley will be amazing' Alisson, Vini Jr & Co ready to face Colombia in Brasília Thiago Almada scores his first goal for Lyon Why always him? Nico WIlliams has no luck in rondos Germany's preparations ahead of Nations League clash vs Italy Donnarumma prepares for Azzurri's Germany test Behind the scenes: France's official 2025 squad photo at Clairefontaine Spain national team use iconic 2006 World Cup ball in training Thomas Tuchel's first training session as England manager Jhon Durán scores brilliant solo goal for Al Nassr vs. Al Kholood Dalot: 'Ruben Amorim doesn't have to prove what a great coach he is' Thomas Frank celebrates Brentford's fifth straight away win Pitchside Angle: Monteiro's acrobatic goal in the PSIS' chaotic box Behind the scenes: Raphinha and Brazil stars arriving in Rio Messi bags his trademark chip against Atlanta United Mbappé, Koundé & France players arrive for Croatia double-header Lihat lebih video Hayters - Pressbox di OneFootball

Pengurus Manchester City, Pep Guardiola menafikan spekulasi bahawa dirinya pernah mencadangkan nama Lionel Messi sebagai calon pembelian pemain baharu buat pasukan mereka.

Menurutnya, beliau tidak pernah sama sekali meminta pengurusan untuk mendatangkan bintang Barcelona itu secara spesifik.

“Ketika saya bersama Barcelona dan bergabung dengan Bayern Munich, kemudian Manchester City, saya tidak pernah meminta kelab mendatangkan Messi.” ujar Guardiola kepada Everning Standard.

“Saya tidak pernah datang ke pengurusan, berbincang mengenai pemain yang saya inginkan dan kelab harus memenuhi pemintaan tersebut. Saya tahu amat pentingnya Lionel Messi kepada Barcelona.”

Tambah pengurus berusia 47 tahun itu, beliau menolak dakwaan dari sesetengah media yang melaporkan bahawa dirinya pernah cuba untuk menjadikan perpindahan Lionel Messi ke Manchester City satu kenyataan.

“Saya tidak pernah membuat langkah pertama untuk mengatakan yang saya mahukan pemain ini.”

“Tidak sama sekali.”

“Saya berkata seribu kali, saya mahu dia tinggal di Barcelona. Saya mahukan itu.” jelas Guardiola

Sejak berada di Etihad pada tahun 2016, Guardiola pernah menegaskan bahawa dirinya menolak sebarang peluang untuk mendapatkan khidmat Lionel Messi serta menegaskan dia bertekad untuk membuatkan pengkritiknya diam.

“Saya telah berkata ini lebih daripada sekali.”

“Messi akan menamatkan kerjayanya di Barcelona.”

“Dan itulah yang saya mahukan, bahawa dia harus menamatkan kerjayanya di Barcelona.” ujar Guardiola menerusi Goal.

Spekulasi tidak terhenti

Walaupun Lionel Messi telah menandatangani kontrak lanjutan bersama Barcelona sehingga tahun 2021, spekulasi perpindahan pemenang 5 kali gelaran Ballon d’Or itu masih terus menjadi perdebatan hangat.

Baru-baru ini, sumber dari Football-Espana mendakwa City telah bersedia untuk memecahkan rekod pembelian pemain paling termahal dalam sejarah bola sepak.

Mereka bersedia membayar klausa pelepasan Messi sebanyak 250 juta Euro dengan tawaran kontrak selama lima tahun.

Jika hal ini terjadi, maka Messi bakal menjadi pemain termahal di dunia dengan memecahkan rekor perpindahan Neymar ke Paris Saint-Germain pada Ogos 2017 dengan nilai klausa pembelian bernilai 222 juta Euro.

 

 

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN