7 Perlawanan dilalui, 20 jaringan dihasilkan, 6 kemenangan dan 1 seri serta berada di tangga teratas Liga Perdana Inggeris ketika ini, pasti banyak pihak beranggapan Manchester City mempunyai peluang yang cerah untuk lebih menyinar pada musim ini.
Namun pengurus Manchester City, Pep Guardiola menegaskan bahawa pasukannya masih belum lagi bersedia untuk mencapai tahap seperti EPL musim lalu, Chelsea.
Manchester City membelasah Watford 6-0 pada Sabtu lalu ditempat lawan, bagi mencatatkan tiga kemenangan dalam masa 7 hari dengan menghasilkan 15 gol tanpa dibolosi.
Penyerang City kelahiran Argentina, Sergio Aguerro turut menghasilkan hatrik keenam peribadi beliau dalam saingan EPL sekaligus memecahkan rekod jaringan sepanjang masa kelab yang dilakukan oleh Eric Brook dengan 177 gol.
Sebelum ini juga City mempamerkan ketajaman dihadapan gol apabila menundukkan Liverpool 5-0 bagi memberikan gambaran awal cabaran yang bakal diberikan skuad The Citizens itu dalam saingan EPL kali ini.
Ketika ditanya samada mampukah Manchester City sudah bersedia untuk bersaing dengan pasukan seperti Chelsea, Guardiola menjawab: ”Kita akan lihat, tetapi kami akan membuat satu langkah berbanding musim lepas.”
”Perasaan saya sekarang adalah semua orang tahu apa yang kami perlu lakukan, pemain tahu apa yang perlu mereka lakukan. Itu sangat penting.
”Kami tidak cukup bagus pada musim lalu, Chelsea dan Tottenham Hotspur lebih baik. Anda perlu menerima keadaan ini.
”Kadangkala anda perlu menerima keadaan dimana pasukan lawan lebih baik dari anda. Kemudian anda lakukan analisis bagaimana mahu meningkat pada masa hadapan.
”Dalam karier seorang atlit mungkin ada 10 hingga 15 peratus saat-saat kegembiraan, mengalami kekalahan lebih dari kemenangan. Jadi anda harus menikmati nikmat ketika mencapai kemenangan, jelas Guardiola lagi.
Pada awal musim ini, Guardiola telah merekrut beberapa pemain pertahanan sayap nama besar untuk memperkuatkan barisan pertahanan mereka seperti Kyle Walker, Danilo dan Benjamin Mendy.
Pengendali dari Sepanyol itu bagaimanapun merasakan pasukannya masih belum berada di kemuncak prestasi.
“Walaupun kelihatan seperti kita tidak dapat memperbaikinya, tentu saja kita boleh bertambah baik,” kata Guardiola.
”Masih terdapat beberapa keadaan untuk kita meningkatkan.”
”Barisan pemain pertahanan sayap sangat penting. Mereka perlu bertenaga untuk naik dan turun, bermakna kami boleh meletakkan lebih pemain di tengah untuk bermain dan membuat hantaran.”
“Saya suka apabila kami bermain dengan cara hantaran pendek melalui kawasan tengah yang memberi kita kesinambungan ketika menyerang.”
“Untuk melakukannya, anda memerlukan lebih ramai pemain dalam satu kedudukan.
“Kyle (Walker) dan Danilo serta Mendy membantu kami untuk berjaya melakukannya.”
Sumber :