Guardiola: “Ketika Saya Kalah Dengan Numancia, Hanya Iniesta Dan Cruyff Percaya Saya.”

Pep Guardiola telah melabel Andres Iniesta sebagai ‘pakar ruang dan masa’ (master of space and time). Komen Guardiola ini dimuatkan dalam buku autobiografi Andres Iniesta terbaru yang berjudul The Artist: Being Iniesta.

being-iniesta

Dalam buku ini, Guardiola mendedahkan Iniesta merupakan antara individu yang telah membuka matanya lebih luas kepada taktikal dalam bola sepak.

Permulaan sukar Guardiola di Barcelona

Permulaan karier kejurulatihan Pep Guardiola di skuad senior Barcelona bukanlah semudah yang dijangka.

2 minggu pertama selepas sah menjadi pengurus, Guardiola gagal memenangi perlawanan.

Barcelona tewas 0-1 kepada pasukan kerdil Numancia (gambar bawah) pada hari pembukaan liga. Dalam perlawanan ke-2 liga pula, Barcelona seri 1-1 menentang Racing Santander.

Sumber: Getty Images

Hanya 1 gol dijaringkan Barcelona. Itupun menerusi sepakan penalti.

Pep mulai resah kerana kritikan mulai kedengaran daripada ramai pihak yang meragui kemampuan jurulatih muda itu. Media-media di luar mulai membandingkan beliau dengan pengurus Barcelona sebelumnya, Frank Rijkaard.

Namun di sebalik kritikan dan maki hamun secara terbuka dari media dan orang luar, mendiang Johan Cruyff mengambil langkah sebaliknya. Beliau memuji Guardiola secara terbuka.

“Barcelona kali ini kelihatan sangat bagus,” tulis Cruyff dalam kolum El Periodico De Catalunya.

cruyff-guardiola

Iniesta tambah keyakinan Guardiola

Dalam buku Iniesta tersebut, Guardiola teringat bagaimana Cruyff dan Iniesta memberi sokongan terbuka kepadanya ketika beliau sedang meragui kebolehannya sendiri.

Pada suatu hari ketika Guardiola sedang duduk mengkaji sebab kenapa pasukannya hanya mampu seri sekali daripada 2 perlawanan di pejabat beliau, Andres Iniesta datang mengetuk pintu pejabatnya.

Sumber: Getty Images

Perlu diingat, Iniesta adalah seorang individu yang pendiam dalam pasukannya. Ramai pemain Barcelona mengesahkan fakta ini.

Selepas membuka pintu, Iniesta terus bercakap kepada Guardiola yang kelihatan runsing.

“Jangan risau, Encik. Kita akan menang semua nanti. Pasukan ini dalam landasan terbaik. Tahun ini kita akan kalahkan mereka semua.””

“Jangan ubah apa-apa, OK? Kami bermain dengan baik. Dan kami suka dengan latihan yang sedia ada. Jangan ubah apa-apa!”

Guardiola terkedu dan tidak sempat berkata apa-apa bintang Sepanyol itu. Dia seakan-akan tidak percaya daripada semua pemain-pemainnya, Iniesta – pemain paling pendiam – datang ke pejabatnya untuk memberi galakan.

Kebangkitan Guardiola dan Barcelona

Pada minggu ke-3 La Liga, barulah Barcelona tampil garang dan lapar apabila menjaringkan 6 gol menewaskan Sporting Gijon. Selepas itu mereka tidak pernah menoleh ke belakang.

Pada musim sulung Guardiola di skuad senior Barcelona, beliau memenangi 6 trofi.

Barcelona's coach and players pose with their six trophies at a news conference in Kuwait City

Dalam masa beberapa bulan kemudian Barcelona mulai menjadi perhatian dunia.

Bukan hanya kerana 6 trofi yang dimenangi, malah kerana cara mereka bermain bola sepak di dalam padang.

Ternyata Cruyff dan Iniesta telah menyokong orang yang betul.

Paco: Iniesta sang penghubung ruang dan masa

Dalam buku The Artist: Being Iniesta, ia turut dimuatkan dengan pelbagai komen jurulatih-jurulatih tentang kehebatan Iniesta.

Salah satu petikan komen tersebut datangnya dari bekas jurulatih kecergasan Barcelona, Paco Seirul (gambar bawah) yang berkata:

mundodeportivo_g_134132302-khrc-u4020180659524ng-428x221mundodeportivo-web

“Andres salah seorang pemain terhebat. Ini kerana beliau boleh menghubungkan ruang dan masa. Dia tahu di mana dia perlu berada pada masa yang betul.”

“Walapun dia dikepung ramai pemain lawan, dia sentiasa ada pilihan yang tepat setiap masa.”

“Dia memiliki keupayaan yang sangat unik. Dia boleh bergerak dan kemudian brek, kemudian bergerak lagi dan brek sekali lagi. Tidak ramai pemain sepertinya.”

Seorang lagi jurulatih kecergasan yang sudah bersama Pep Gurdiola sejak di Barcelona, Bayern dan kini Manchester City, Lorenzo Buenaventura (gambar bawah) berkata:

lorenzo

“Apa yang penting ialah brek Andres. Itulah kunci yang paling penting. Orang selalu berkata: ‘Lihatlah betapa pantasnya dia!'”

“Ia sebenarnya bukan soal pantas. Sebaliknya ia adalah soal masa dia berhenti dan bagaimana dia bergerak semula.”

Guardiola pula menambah:

“Saya telah beberapa tahun menjadi jurulatih. Saya membuat kesimpulan, Iniesta adalah pemain yang sangat hebat,”

“Menggelecek sebahagian daripada aspek penting dalam bola sepak hari ini. Ia adalah hati, helah, kebijaksanaan. Ia bukan kerana kelajuan. Ia bukan kerana fizikal. Ia adalah kerana seni.”

Guardiola turut ingat bagaimana mendiang Tito Villannova menjelaskan kelebihan Iniesta:

Sumber: zimbio.com

“Tito cakap Andres tidak berlari. Tetapi dia meluncur seperti seorang pemain hoki ais tanpa kasut. Sssswishhh, sssswishhh, sssswishhhh …”

“Ia gambaran yang anggun, sangat grafik, dan sangat tepat. Andres bergerak ke satu kawasan dalam padang seolah-olah dia sedang meluncur sambil melihat keadaan di sekelilingnya.”

“Andres telah membuka mata saya tentang pentingnya pemain inside forward dan pemain tengah untuk menggelecek bola dengan baik dalam pasukan.”

“Apabila dia membawa bola kepada orang lain, dan semuanya bagaikan mengalir dengan masa. Itu apa yang saya lihat bila Iniesta bermain.”

Baca juga: Bagaimana Messi Dan Iniesta Hampir Berpindah Ke Rangers

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN