Gara-Gara Terlupa Memasukkan Klausa Khas, Benfica Dihukum Pemain Sendiri Dan Hilang €1 Juta

Agak perit untuk Benfica menerima hakikat kehilangan 2 mata pada minit ke-93 di hadapan penyokong sendiri.

Tambah menyakitkan apabila jaringan penyamaan itu dilakukan oleh pemain mereka yang dipinjamkan ke Besiktas. Insiden ini sepatutnya boleh dihalang sekiranya diselit klausa ‘tak boleh lawan pasukan peminjam’ dalam kontrak pemain tersebut.

Pemain yang dimaksudkan adalah, Anderson Talisca yang menyamakan kedudukan pada saat-saat akhir menerusi sepakan percuma menarik dari jarak kira-kira 28 meter.

football-soccer-benfica-v-besiktas-champions-league

Dipinjamkan tanpa klausa larangan khas

Pada jendela perpindahan musim panas yang lalu, Benfica telah melepaskan Talisca secara pinjaman semusim kepada Besiktas. Kontrak tersebut dikatakan bernilai €2 juta.

Namun, pihak Benfica terlepas pandang untuk memasukkan klausa yang melarang Talisca daripada bermain menentang mereka. Apa yang menarik, kedua-dua pasukan diundi dalam kumpulan yang sama dalam aksi UEFA Champions League 2016/2017.

Oleh kerana klausa khas tersebut tidak diaktifkan, maka Besiktas telah menurunkan Talisca dalam perlawanan pembukaan kumpulan B menentang Benfica.

cssx1i2uiaaynjr

 

Benfica mendahului menerusi gol Franco Cervi pada minit ke-12. Selepas hampir pasti mendapat 3 mata penuh, Talisca membantu Besiktas untuk mencuri 1 mata berharga daripada Benfica.

Sepakan percuma €1 Juta

Gol Talisca tersebut dianggap gol yang membuatkan Benfica kehilangan €1juta di saat-saat akhir.

Ini kerana bonus kemenangan Champions League untuk setiap perlawanan peringkat kumpulan pada edisi kali ini adalah €1.5 juta.  €500,000 lebih banyak berbanding edisi lepas yang hanya menawarkan €1 juta pada musim lalu.

Keputusan seri pula akan menyaksikan kedua-dua pasukan menerima bonus €500 ribu.

Ini bermakna Talisca telah merampas €1 juta daripada kelab asal beliau dan membantu kelab angkat beliau membawa balik sejumlah €500,000.

Talisca kelihatan gembira meraikan gol tersebut bersama-sama dengan rakan beliau.

talisca-benfica-karsilasmasi-ile-ilgili-aciklamalarda-bulundu-kxqf05cstzird7olbh6m

Pada bulan November nanti, kedua-dua pasukan akan bertemu sekali lagi. Harus diingat, Talisca terkenal dengan kemampuan beliau menjaringkan gol-gol penting.

Benfica pastinya tidak mahu tersingkir dari peringkat kumpulan gara-gara pemain mereka sendiri yang menjadi duri dalam daging.

Baca juga: Figo: “Maaf, Ronaldo Bukan No.1 Di Portugal!”

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN