Pep Guardiola menyatakan Manchester City merasai tekanan persaingan kejuaraan pada hari terakhir namun mereka menikmatinya.
City akan dimahkotakan dengan kejuaraan buat kali kedua berturut-turut jika mereka menang ke atas Brighton pada Ahad.
Pep berkata: “Tekanan itu kami rasai dan ianya sangat bagus. Kami bermain untuk sesuatu yang unik iaitu untuk menjuarai Liga Perdana Inggeris.”
“Ianya sukar untuk menang sekali kejuaraan ini, anda bayangkan nak menang 2 kali. Para pemain sudah merasai tekanan. Mereka gemuruh dan tahu ianya akan menjadi sukar.”
Ditanya tentang arahan taktikal beliau kepada anak-anak buahnya pada hari terakhir EPL, Pep berkata: “Masuk ke dalam padang dan bermain dengan agresif. Kekal fokus di semua bahagian. Cuba menjaringkan sebanyak gol yang mungkin.”
City dalam usaha memenangi perlawanan EPL ke-14 berturut-turut. Kali terakhir mereka kalah adalah di tangan Newcastle pada 29 Januari.
“Dalam beberapa minggu ini, takdir kejuaraan di tangan kami. Itu yang kami mahukan. Ketika kami 3 mata di belakang Liverpool, ramai berpandangan, mengejar lebih baik daripada mendahului. Tidak! Mendahului lebih baik, kerana kamu mengawal takdir kamu sendiri.”
“Kami sudah menang 13 kali berturut-turut dan kami berhak berada di kedudukan kami sekarang. Dan kami akan cuba mempertahankannya.”