Menjelang pertembungan suku akhir pertama Liga Juara-Juara Eropah (UCL) di antara Manchester City dan Tottenham awal pagi esok, pengurus City, Pep Guardiola tidak mahu mewujudkan suasana tegang dengan memperlekehkan lawan.
Musim lalu, pengurus Spurs, Mauricio Pochettino melabel Guardiola sebagai tidak menghormati pasukannya selepas dia merujuk Spurs sebagai “pasukan Harry Kane” ketika dicabar sengit untuk mahkota Liga Perdana Inggeris (EPL).
Pengurus City berkenaan mengakui kesilapannya berbuat demikian, dan menjelaskan rakan sejawatnya itu mungkin salah faham mengenai kenyataannya.
Pep Guardiola on their upcoming #UCL quarterfinal match against Mauricio Pochettino's Tottenham Hotspur:
"I know Tottenham Hotspur is not just Harry Kane, not just now, two years ago, one year ago, a long time ago. The club is strong and have a lot of potential."#ManCity #COYS pic.twitter.com/aGdmO1mO5O
— SBOTOP (@SBOBET) April 8, 2019
“Tidak, saya tidak boleh mengatakan sebegitu kerana Mauricio akan marah dengan saya. Saya tidak mahu membuatkan dia marah.
“Saya fikir rakan sejawatan saya itu telah salah faham pada masa lalu. Ia hanya luahan pendapat saya mengenai Tottenham. Ketika itu, Harry Kane menjaringkan lapan gol dalam tiga atau empat perlawanan.
“Saya juga boleh melabel Spurs sebagai ‘pasukan (pengerusi) Daniel Levy atau pasukan Mauricio Pochettino’. Saya tahulah, Tottenham Hotspur bukan hanya Harry Kane semata-mata,” katanya.
"Tomorrow we are going to be aggressive and try to play and beat them."
Mauricio Pochettino has been addressing his 'rivalry' with Pep Guardiola ahead of Tottenham's #ChampionsLeague tie with Manchester City.
👉 https://t.co/YBRR9o4Mkj#THFC #Spurs #TOTMCI #MCFC pic.twitter.com/01AD5fYbeg
— BBC Sport (@BBCSport) April 8, 2019
Bagaimanapun, Guardiola turut mengakui terhadap kehebatan penyerang lawan, Harry Kane yang telah muncul antara penjaring terbanyak Liga Perdana Inggeris musim lalu.
“Begitupun, siapa yang boleh menafikan sentuhan Harry, dia penyerang nombor 9 untuk pasukan kebangsaan England dan dia adalah penyerang yang luar biasa, semua orang tahu mengenainya. Dia boleh memiliki segala-galanya.” jelasnya.
Guardiola bukan lagi asing dengan Pochettino sejak bekas jurulatih Barcelona dan Espanyol terbabit kembali bertembung dalam kancah EPL.
Pengurus berbangsa Argentina itu menghadiahkan kekalahan EPL pertama kepada Guardiola yang menyaksikan Tottenham menang 2-0 berkat aksi memukau di White Hart Lane pada Oktober 2016.
“Saya masih ingat lagi ketika kami kalah di sana, saya berkata kepada pembantu saya, ‘Sekarang barulah saya mengerti betapa sukarnya untuk memenangi perlawanan EPL,” kata Guardiola.
“Kami juga mendahului EPL dan saya berkata kepada kakitangan saya bahawa betapa sukarnya untuk layak ke UCL.
“Ia adalah musim pertama kendalian saya, kini kami adalah pasukan yang lebih baik.”
"It affects the fans. It does not have an effect on the pitch."
Pep Guardiola says Manchester City know what to expect when they head to Tottenham's new stadium on Tuesday.
👉 https://t.co/QEkcHedjyU#MCFC #Spurs #SpursNewStadium #THFC pic.twitter.com/5gud3x9cr2
— BBC Sport (@BBCSport) April 8, 2019
Guardiola juga percaya City tidak akan mengulangi episod kekalahan 0-3 di peringkat yang sama kepada Liverpool musim lalu sungguhpun dia mengakui semangat berpindah ke stadium baru pasti melonjakkan Spurs.
“Esok, (Christian) Eriksen, Son (Heung-min), Dele Alli, Kane jika mereka diberi ruang, mereka pasti akan menjaringkan tiga gol dengan tiga peluang yang ada.
“Namun, saya masih tidak melupakan apa yang berlaku musim lalu. Ia boleh berlaku lagi musim ini mungkin ya atau mungkin tidak.” ujarnya