Menurut The Times; Kelab Liga Super China, Guangzhou Evergrande dilaporkan telah membuka langkah untuk membeli Pierre-Emerick Aubameyang dari Arsenal.
Dilaporkan kelab China tersebut sanggup membayar £80 juta untuk pemenang kasut emas EPL 2018/19 tersebut.
https://twitter.com/AFCPW/status/1135778026149556224
Arsenal gagal untuk ke UCL. Dan mereka dijangka sukar untuk menawarkan Aubameyang gaji yang tinggi – sekiranya pemain itu mahu pergi.
Guangzhou Evergrande juga dilaporkan menawarkan gaji sekitar £300,000 seminggu bersamaan dengan RM1.59 juta.
Gaji semasa Aubameyang di Arsenal adalah £190,000 seminggu.
Aubameyang semalam telah memadamkan Arsenal daripada bio instagram beliau. Ia serba sedikit membuatkan penyokong Arsenal resah akan tindakan itu mungkin tanda Aubameyang benar-benar mahu pergi.
https://twitter.com/WadauK/status/1136244781041029120
Namun tidak pasti kenapa beliau berbuat demikian kerana 2 lagi rakannya iaitu Xhaka, Mkhitaryan dan Mustafi juga melakukan perkara yang sama.
Aubameyang, Mkhitaryan, Mustafi & Xhaka have recently all completely removed Arsenal FC from their Instagram bios, with Auba removing his picture as well.. 🤔🤔🤔 pic.twitter.com/2bbfn1i7He
— UberArsenal (@UberAFC) June 5, 2019
Arsenal kini memiliki 2 pemain no.9 yang prolifik iaitu Aubameyang dan Lacazette. Ini mungkin akan menjadi sebahagian daripada pertimbangan untuk Unai Emery melepaskan Aubameyang – pemain yang akan berusia 30 tahun tak lama lagi.
Sebelum ini Unai Emery dilaporkan memang sedang mempertimbangkan untuk melepaskan salah seorang di antara Lacazette dan Aubameyang bagi mendapatkan dana tambahan untuk perpindahan pemain. Tetapi, Unai Emery lebih cenderung untuk melepaskan Lacazette.
Dengan keadaan yang ada sekarang ini, mungkin Unai Emery menerima sekiranya yang pergi itu adalah Aubameyang.
Ini bukan pertama kali Guangzhou Evergrande mahu membeli Aubameyang. Sebelum ini, Guangzhou Evergrande menyaingi Arsenal untuk membeli Aubameyang dari Borussia Dortmund.
https://twitter.com/GoonerView/status/1135862617673801729
Guangzhou tewas dalam persaingan itu apabila Aubameyang lebih tertarik untuk ke Arsenal meskipun Guangzhou Evergrande menawarkan harga £62 juta dan Arsenal hanya menawarkan £56 juta.
Kredit juga kepada Sven Mislintat yang membantu untuk memujuk Aubameyang ke Arsenal untuk bergabung semula dengan Henrikh Mkhitaryan.
Selain daripada Guangzhou Evergrande, beberapa kelab China lain turut berminat mendapatkan Aubameyang. Antaranya Shanghai SIPG dan Tiajin Quanjian yang sebelum ini pernah cuba memancing Aubameyang dengan nilai £71 juta dari Arsenal.
Arsenal buat masa ini dikatakan tidak mahu menjual Aubameyang ke mana-mana pasukan.