Guangzhou Evergrande Jual Penyerang Bintang Kepada Pesaing Liga Untuk ‘Kuatkan Bola Sepak China’

Sepanjang kami menulis berita bola sepak, belum pernah kami jumpa berita sebegini.

Guangzhou Evergrande membuat kenyataan dalam laman web rasmi bahawa mereka baru saja membenarkan penyerang bintang mereka, Elkeson menyertai Shanghai SIPG untuk ‘menguatkan bola sepak China‘.

Agensi berita Xinhua dan South China Morning Post melaporkan kenyataan rasmi Guangzhou Evergrande seperti berikut:

“Untuk menyokong pasukan China supaya dapat bersaing dalam AFC Champions League, dan untuk kebanggaan negara, kami bersetuju untuk menjual Elkeson ke kelab Shanghai SIPG.”

Untuk membantu anda memahami konteks dan magnitud berita mengejutkan ini, Guangzhou Evergrande merupakan juara Chinese Super League dan AFC Champions League musim lepas.

Manakala Shanghai SIPG pula menamatkan kempen Chinese Super League di tangga ke-2, hanya dipisahkan 2 mata daripada Guangzhou Evergrande.

china

Dalam konteks Malaysia, ia umpama JDT membenarkan Safiq Rahim menyertai Selangor untuk ‘menguatkan bola sepak Malaysia’.

Guangzhou Evergrande menjana keuntungan RM60 juta

Guangzhou Evergrande yang dilatih oleh Luis Felipe Scolari tidak menolak faktor mereka menjual Elkeson adalah untuk mendapatkan keuntungan pelaburan RM27 juta yang mereka bayar untuk mendapatkan servis bekas penyerang Botafogo tersebut.

“Penjualan Elkeson membolehkan kami mendapat bukan sahaja pulangan pelaburan kami, malah keuntungan juga,” menurut kenyataan rasmi Guangzhou Evergrande.

Menurut akhbar Xinhua, Shanghai SIPG membayar sekitar RM87 juta kepada Guangzhou Evergrande untuk mendapatkan khidmat Elkeson, pemain yang menjaringkan gol tunggal untuk membantu Evergrande menjadi juara AFC Champions League 2015.

Ini bermakna, Evergrande menjana keuntungan RM60 juta daripada satu urusan perpindahan ini saja.

Elkeson dijangka akan bergandingan dengan penyerang sensasi Ghana, Asamoah Gyan di kelab barunya.

Menyokong aspirasi revolusi bola sepak Presiden China

Guangzhou Evergrande yang dimiliki oleh syarikat hartanah terbesar China, Evergrande Real Estate dan Alibaba Group merupakan kelab contoh di China yang aktif membuat pelaburan besar untuk memajukan bola sepak pasukan dan negara China.

Evergrande percaya penjualan Elkeson ke Shanghai SIPG dapat menguatkan pesaing mereka dalam saingan liga dan AFC Champions League 2016 akan datang.

Shanghai SIPG akan bertemu pemenang perlawanan playoff antara JDT dan Muangthong United.

Langkah Evergrande ini bertepatan dengan aspirasi Presiden China, Xi Jinping yang mahu Piala Dunia dihos di China dan dimenangi oleh China.

Baca juga: Sekolah Shaolin Di China Cipta Shaolin Soccer, Gabung Kung Fu Dan Bola Sepak

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN