Guangzhou Evergrande Mahu Skuad Mereka Dibarisi 100% Anak Tempatan Menjelang 2020

Guangzhou Evergrande rancang untuk mempunyai skuad yang dibarisi oleh 100% pemain tempatan menjelang 2020.

Ia merupakan cita-cita tinggi kelab China tersebut untuk menjadi kelab yang dipelopori oleh pemain tempatan di masa hadapan.

Jimat belanja, bagi peluang

Guangzhou Evergrande mahu mencipta masa depan mereka dengan mewujudkan skuad yang dibarisi oleh 100% anak tempatan dan dalam masa yang sama menjadi kuasa utama bola sepak China.

Ia dilakukan selepas mereka merasakan Chinese Super League (CSL) sudah melebihi batasan dalam membeli pemain.

Hal ini dapat dilihat dengan pembelian pemain dari kelab-kelab Eropah dengan harga yang tak masuk akal.

Guangzhou Evergrande mahu melaksanakan polisi mengurangkan pemain import dari tahun ke tahun.

Setakat ini mereka ada 5 pemain import iaitu bekas penyerang Porto Jackson Martinez, bekas pemain Tottenham Hotspur Paulinho, Alan dan Ricardo Goulart dari Brazil serta Kim Young Gwon dari Korea Selatan yang mengisi kouta import pemain Asia.

CSL sendiri sudah menghadkan jumlah pemain import hanya 3 sahaja yang boleh diturunkan pada satu-satu masa dan 1 pemain B-23 China wajib dimasukan dalam skuad perlawanan (matchday squad).

Tujuannya adalah untuk mengurangkan penggunaan pemain luar serta memberi lebih peluang kepada pemain China.

Bagi Guangzhou Evergrande sendiri, mereka mahu membina masa depan dengan perancangan yang rapi.

Ia dihasilkan dengan menerusi perancangan peringkat umur. Pemain dari usia 8 hingga 15 tahun berlatih bersama akademi, manakala 16 tahun ke atas akan berlatih bersama-sama kelab

Kekal dominan

Walaupun punya pelan untuk menjadi pasukan bebas import menjelang 2020, Guangzhou Evergande tetap mahu kekal sebagai teraju utama bola sepak China.

Juara 6 kali berturut-turut CSL ini mahu merangkul 4 gelaran musim ini!

Mereka mahu menjuarai Piala China, Piala Super China dan juga AFC Champions League.

Selain itu juga, mereka mahu menyamai rekod Olympique Lyonnais yang menjuarai gelaran Ligue 1 sebanyak 7 kali berturut-turut dengan menjuarai liga musim ini.

Dan jika berjaya, mereka mahu menjuarai liga dengan 8 kali berturut-turut pula.

Baca juga: Impian Di Maria, Mahu Menyingkirkan Barca Dan Jumpa Real Madrid Di Final

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN