Rangkuman Piala FA Malaysia Pusingan 2: Kelantan & Selangor Tersingkir!

Piala FA Malaysia memasuki pusingan kedua dan kejutan telah terhasil dengan beberapa pasukan yang dijangka tiada masalah untuk layak ke pusingan seterusnya tumbang di tangan lawan masing-masing.

Terengganu dan Kuantan FA terdahulu telah mengesahkan tempat mereka di pusingan ke-3 selepas menewaskan Felcra FC dan juga Sime Darby pada Isnin.

Pasukan pilihan mara

Beberapa pasukan utama Liga Malaysia berjaya menewaskan lawan masing-masing walaupun ditentang oleh pasukan yang sukar untuk ditewaskan.

JDT bertandang ke Jengka untuk menentang FELDA United untuk kali kedua musim ini, dan tiada masalah untuk menewaskan pasukan yang kini tiada jurulatih utama itu.

Gabi Guerra dan Gonzalo Cabrera menjaringkan gol masing-masing pada separuh masa pertama dan kedua untuk melayakkan juara bertahan Piala FA Malaysia itu ke pusingan seterusnya.

Kedah pula tiada masalah untuk menepikan cabaran Kuala Lumpur dalam perlawanan yang boleh dikatakan klasik dari segi sejarahnya.

Farhan Roslan nyata cemerlang apabila berjaya menjaringkan 3 gol serta Liridon Krasniqi juga berjaya menyumbang 1 gol untuk pasukan Kedah.

Ibrahim Zaiful menjaringkan 1 gol untuk Kuala Lumpur. Perlawanan ini juga menyaksikan 2 gol terhasil, 1 untuk Kedah dan 1 untuk Kuala Lumpur untuk keputusan penuh 4-2.

Pahang bangkit dari ketinggalan 2 gol untuk memusnahkan impian JDT II dengan kemenangan di Pasir Gudang.

Hadi Abdul Razak menjaringkan 2 gol dalam masa 3 minit di babak pertama untuk memberikan kelebihan sementara buat tuan rumah.

Pahang kembali pada separuh masa kedua dengan 2 jaringan Mahmadou Sumareh untuk membawa perlawanan ke masa tambahan.

Matheus Alves dan Salomon Raj muncul wira Pahang apabila menjaringkan 2 gol ketika masa tambahan 30 minit.

Gambar: Rizanizam/Asiana

Pasukan bermasalah turut layak

Beberapa pasukan yang mengalami masa sukar dalam saingan liga juga turut layak ke pusingan seterusnya Piala FA Malaysia.

Pulau Pinang akhirnya menjaringkan gol pertama mereka musim ini apabila menang 1-0 ke atas pasukan Piala FAM – MPKB BRI U-ES FC.

Gol skuad Harimau Kumbang dijaringkan oleh pemain import mereka iaitu Nigel Dabinyaba.

Sabah yang dipalit dengan kontroversi minggu lalu turut layak apabila gol Igor Cerina sudah cukup untuk skuad Badak menewaskan UKM FC di Likas.

Melaka United yang masih gagal menikmati kemenangan dalam Liga Super merasai juga kemenangan musim ini selepas gol tunggal Amri Yahyah berjaya menyingkirkan PKNS FC di Hang Jebat.

Gambar: Nazrulhad Hashim/Asiana

Brandon Adams nampaknya semakin selesa dengan bola sepak Malaysia apabila beliau menjadi wira minit akhir buat Perlis di Kangar.

Gol dari pemain pinjaman Queens Park Rangers itu menjaringkan gol minit akhir untuk menyingkirkan PDRM dengan jaringan 1-0.

Sarawak yang prestasinya tidak menentu berjaya menewaskan MISC-MIFA di Kuching dengan jaringan besar 6-3.

Mark Hartmann semakin disayangi peminat Bujang Senang apabila beliau menjaringkan hatrik semalam.

Mateo Roskam menjaringkan 2 gol dan Ronny Harun juga menyumbang 1 gol untuk Sarawak.

Gol MISC-MIFA dijaringkan oleh Ooi Shee Keong dan juga Micheal Ijizie yang menjaringkan 2 gol.

2 pasukan Merah tumbang

Kejutan Piala FA Malaysia pusingan kedua menyaksikan 2 pasukan Liga Super tersungkur di pusingan awal.

Selangor yang berhadapan Negeri Sembilan yang sedang dalam prestasi terbaik mereka ketika ini.

Selangor diikat pasukan Jang di laman sendiri 0-0 dan dibawa ke penentuan penalti.

Selangor yang pada mulanya mendahului dengan 3-2 dalam penentuan penalti tumbang minit akhir apabila Negeri Sembilan berjaya menewaskan mereka dengan 4-3.

Kelantan pula tewas di Ipoh di tangan selepas tewas kepada PKNP juga menerusi sepakan penalti.

G. Mugenthirran menjaringkan gol awal pada minit ke-10 sebelum Indra Putra menjaringkan gol pada minit ke-63.

PKNP juga seperti Negeri Sembilan, menewaskan Kelantan 4-3 menerusi sepakan penalti.

2 lagi perlawanan akan dilangsungkan hari ini dengan KDMM FC menentang MOF FC di Stadium Likas dan Perak menentang PB Melayu Selangor di Ipoh dengan dilangsungkan tanpa penyokong.

Berikut keputusan-keputsan lain untuk pusingan kedua Piala FA Malaysia:

  • PJ Rangers 1-2 UiTM FC
  • T-Team 1-1 ATM (T-Team menang penentuan penalti 4-2)

Baca juga: Guangzhou Evergrande Mahu Skuad Mereka Dibarisi 100% Anak Tempatan Menjelang 2020

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN