FIFA Jemput Mangsa Gua Tham Luang Ke Perlawanan Akhir Piala Dunia

FIFA dikatakan akan menjemput 12 murid dan jurulatih yang merupakan sebuah pasukan bola sepak remaja di Thailand yang terperangkap di Gua Tham Luang di Chiang Rai untuk menyaksikan perlawanan akhir Piala Dunia di Moscow, jika semua mangsa berjaya dibawa keluar dan kembali pulih.

Perlawanan akhir Piala Dunia 2018 dijadualkan akan berlangsung di Stadium Luzhniki di Moscow pada 15 Julai hadapan.

A Thai navy diver prepares during rescue operations for 12 boys and their coach trapped in Tham Luang cave at near Tham Luang cave at the Khun Nam Nang Non Forest Park in the Mae Sai district of Chiang Rai province on July 4, 2018. – A new video of a youth football team trapped in the bowels of a Thai cave emerged July 4 showing the boys laughing and saying they are well after their astonishing discovery by divers nine days after going missing. (Photo by YE AUNG THU / AFP) (Photo credit should read YE AUNG THU/AFP/Getty Images)

Pada siang tadi, Thailand FA melalui media sosial Facebook rasmi badan induk bola sepak negara gajah putih itu memuat naik sepcucuk surat dari Presiden FIFA, Gianni Infantino yang ditujukan khas kepada Presiden Thailand FA, Pol Gen Somyot Poompanmoun untuk menyatakan hasrat tersebut.

“Jika, sepertimana yang kita harapkan mereka kembali disatukan bersama keluarga dalam tempoh beberapa hari yang akan datang, dan jika tahap kesihatan mereka mengizikan, FIFA dengan berbesar hati ingin menjemput kesemua mereka untuk hadir ke perlawanan akhir Piala Dunia 2018 di Moscow,” ujar FIFA dalam surat tersebut.

FIFA turut berkata mereka turut mengikuti perkembangan terkini operasi menyelamat 12 orang kanak-kanak lelaki dan jurulatih mereka sejak 23 Jun yang lalu. FIFA turut menghulurkan rasa simpati dan solidariti untuk kanak-kanak tersebut, jurulatih dan rakyat Thailand sehingga operasi menyelamat berjaya dilakukan.

Dalam perkembangan terbaru, salah seorang anggota penyelamat yang terlibat dengan operasi menyelamat mangsa Gua Tham Luang dilaporkan terkorban selepas dikatakan kehabisan oksigen ketika melakukan selaman.

(Photo by Linh Pham/Getty Images)

Anggota penyelamat yang dikenali sebagai Saman Kunan, berusia 38 tahun adalah seorang sukarelawan di dalam operasi ini dan merupakan bekas anggota Thai Navy Seal.

Operasi menyelamat dilaporkan diteruskan selama 24 jam tanpa henti, dengan kerja mengorek turut diusahakan oleh pasukan penyelamat.

Kami di Semuanya BOLA berdoa dan mengharapkan agar semua mangsa berjaya dikeluarkan dengan selamat.

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN