5 Pencalonan Pemain Terbaik PFAM – asiana.my Liga Super Edisi Jun 2018

Lima perlawanan diadakan sepanjang Jun, JDT terus unggul mendahului carta liga dengan 44 mata, tatkala Selangor ampuh tanpa sebarang kekalahan.

Itu adalah antara intipati perjalanan Liga Super 2018 sepanjang bulan Jun yang lalu.

Berikut adalah senarai lima pemain paling menyerlah sekaligus merupakan calon-calon untuk Pemain Terbaik PFAM – asiana.my Liga Super Edisi Jun 2018.

Rufino Segovia

Foto: PFA Malaysia.

Penyerang Selangor yang berasal dari Sepanyol ini adalah salah seorang penyerang paling prolifik pernah disaksikan di saingan Liga Malaysia.

23 gol melalui 23 penampilan terakhir bersama Red Giants dalam semua pertandingan, Rufino menjaringkan 6 gol sepanjang Jun yang lalu, termasuk hatrik ketika menentang Kelantan.

Fernando Marquez

Foto: PFA Malaysia.

Penyerang Argentina berusia 30 tahun ini menyertai juara empat musim berturut-turut Liga Super Malaysia, JDT pada jendela perpindahan kedua Mei lalu.

Pantas menyesuaikan diri dengan persekitaran baru, Marquez pantas memberikan impak kepada pendahulu Liga Super ini dengan 3 gol dari 5 penampilan bersama Harimau Selatan.

Hariss Harun

Foto: PFA Malaysia.

Tidak boleh dinafikan, pemain antarabangsa Singapura ini adalah nadi penting di bahagian tengah pasukan JDT.

Memberi staibiliti kepada bahagian pertahanan, Harris cemerlang membantu pasukan mematahkan serangan lawan dari bahagian tengah.

Pemain ini juga bijak melakukan hantaran-hantaran untuk memulakan serangan dari garis rendah pertahanan, untuk memerangkap lawan.

Tcheche Kipre

Foto: PFA Malaysia

Penyerang berusia 30 tahun dari Ivory Coast ini terus menampilkan prestasi yang konsisten di hadapan gol untuk Terengganu FC.

Menjaringkan hatrik dalam perlawanan terakhir menentang Negeri Sembilan pada akhir Jun lalu, Kipre menjaringkan 5 gol secara keseluruhan pada bulan lalu.

Merupakan ‘target man’ utama pasukan, Kipre juga adalah jenis pemain yang bijak untuk membuka ruang untuk menghasilkan bantuan gol untuk rakan sepasukan.

Indra Putra Mahayuddin

Pernah menjadi nadi utama skuad kebangsaan satu ketika dahulu, pemain veteran berusia 36 tahun ini terus menyinar bersama Kuala Lumpur pada musim ini.

Menjadi satu-satunya pemain tempatan yang berada di dalam senarai ini adalah bukti Indra tidak pernah melihat usia sebagai salah satu faktor untuk menampilkan prestasi di tahap tertinggi saingan domestik.

Dua gol dijaringkan oleh Indra sepanjang bulan Jun yang lalu, Indra adalah nadi penting jentera tengah skuad warga kota.

Siapa pemenang Pemain Terbaik PFAM – asiana.my Liga Super Edisi Jun 2018

Siapakah di kalangan lima pemain di atas layak untuk dinobatkan sebagai Pemain Terbaik PFAM – asiana.my Liga Super Edisi Jun 2018?

Anda sebagai penyokong bola sepak tanah air yang akan menentukannya.

Untuk memilih pemain pilihan anda untuk Pemain Terbaik PFAM – asiana.my Liga Super Edisi Jun 2018, anda boleh pergi ke pautan yang disediakan oleh PFA Malaysia, atau terus ke pautan: http://pfam.my/supjun18/

Ayuh undi dan pilih pemain pilihan anda!

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN