Di kala ramai peminat Perancis mencari alasan (excuses) ketika seri dengan Luxembourg dengan menuduh pasukan tersebut bermain negatif dan menyalahkan pengadil, Griezmann mengambil pendekatan untuk tidak mencari alasan.
Bagi Griezmann, tidak perlu mencari kambing hitam di atas keputusan seri itu. Sebaliknya Griezmann lebih memberikan kredit kepada pasukan Luxembourg yang telah berjuang bermati-matian menentang mereka.
Pada masa yang sama, Perancis juga beraksi baik di dalam perlawanan tersebut dan mencipta banyak peluang gol. Namun kekentalan pertahanan lawan terutama sekali penjaga gol Luxembourg telah menjadi penghalang utama.
Perancis berada dalam prestasi terbaik selepas membelasah Belanda 4-0. Namun Luxembourg telah berjaya mengganggu pesta penyokong Perancis dengan mengikat mereka dengan 0-0.
“Tak perlulah nak mencari alasan dengan keputusan ini. Kami menentang pasukan yang terdiri daripada 11 pahlawan.”
“Bagi saya, saya gembira melihat mereka berjaya melakukannya kerana ia sedikit mengingatkan saya kepada semangat kami di Atletico.”
Griezmann juga tidak mahu merendah-rendahkan taktikal bertahan pasukan lawan mereka.
“Saya suka melihat cara mereka bermain. Perlawanan hari ini penting untuk kami mendapat 3 mata. Tetapi nampak gayanya kami perlu berjuan sehingga ke perlawanan terakhir.”