Kecoh satu dunia apabila Antoine Griezmann memberitahu peratusan beliau akan menyertai United adalah 60% di sebuah rancangan TV.
Griezmann tanpa ragu lagi merupakan sasaran Manchester United. Rakan karib beliau Paul Pogba antara individu yang mahukan perkara itu menjadi kenyataan.
Beberapa kali Griezmann dikatakan memberikan isyarat akan ke Old Trafford. Sebelum ini abang beliau juga menyatakan Griezmann dalam usaha untuk bersatu dengan Paul Pogba di Manchester United.
Jose Mourinho dalam proses membentuk pasukan yang mantap di barisan hadapan. Dengan masa depan Wayne Rooney yang tidak menentu, nama Griezmann terus meniti bibir peminat United dan para pengulas bola sepak.
Dengan penggantungan ke atas Atletico untuk urusan pembelian pemain baru sahaja dikuat kuasakan. Atletico sudah pasti tidak mahu menjual pemain utama mereka.
Atletico terpaksa membatalkan niat untuk mendapatkan Lacazette dari Lyon dek kerana penggantungan itu.
Pada masa yang sama, sebelum ini Griezmann sudah menandatangani kontrak lanjutan dengan klausa perlepasan yang tinggi iaitu £87 juta ataupun €100 juta.
Duit bukanlah masalah besar untuk United.
Namun pada awal pagi tadi waktu Malaysia, pemain itu menghantar tweet ringkas berbunyi:
“Ahora más que nunca #Atleti #Todosjuntos ?⚪️”
Yang bermaksud:
“Sekarang ini, lebih daripada sebelumnya #Atleti #SemuBersatu
Ahora más que nunca #Atleti #Todosjuntos 🔴⚪️ pic.twitter.com/nfxcwInM2B
— Antoine Griezmann (@AntoGriezmann) June 1, 2017
Ini memberikan bayangan jelas pemain itu kemungkinan besar akan kekal di Atleti. Dalam masa yang sama, Atleti sukar untuk melepaskan Griezmann dalam keadaan mereka sekarang.