Skuad Perancis kini sedang bersama-sama dalam persiapan untuk siri perlawanan antarabangsa mereka ketika ini.
Dan bagi pemenang UEFA Champions League bersama Real Madrid iaitu Raphael Varane, beliau diberi rehat lebih lama sebelum melapor diri kepada skuad kebangsaan.
Kehadiran beliau ke untuk menyertai skuad kebangsaan nyata disambut oleh rakan sepasukan dan pegawai pasukan.
Rakan sepasukan seperti Paul Pogba dan Laurent Koscielny antara yang bersalam dan memberikan ucapan tahniah kepada Varane yang memenangi gelaran Eropah ketiga bersama gergasi Sepanyol itu.
Namun dalam ramai-ramai orang, hanya seorang sahaja pemain yang tidak mengucapkan tahniah kepada Varane.
Pemain tersebut adalah pemain Atletico Madrid, Antoine Griezmann.
Griezmann mengelak Varane dari bersalam dan berinteraksi dengan pemain Real Madrid itu dalam video yang disiarkan oleh pihak Perancis FA (FFF).
Antoine Griezmann can't even shake Varane's hand after the defender won the Champions League title. pic.twitter.com/S7AqvLXNIw
— Lucas Navarrete (@LucasNavarreteM) June 6, 2017
Perkara itu semakin jelas apabila ketika sesi taklimat bersama jurulatih Perancis Didier Deschamps, jurulatih itu meminta kesemua pemain skuad Perancis untuk memberikan satu tepukan gemuruh kepada Varane diatas kejayaan terbaharu beliau.
Sekali lagi, Griezmann menjadi satu-satunya pemain yang tidak ikut serta menepuk tangan ketika itu.
https://twitter.com/HaIaRonaldo/status/872134785929445376
Oleh kerana dikecam teruk, Griezmann muncul di Twitter memberikan respon.
“Apa lagi lepas ni?”
😂😂😂😂 Et puis quoi encore 😂😂 ?!!! pic.twitter.com/XBPrLEs0iv
— Antoine Griezmann (@AntoGriezmann) June 6, 2017
Adakah Griezmann masih terluka kerana pasukannya tewas ditangan Real Madrid di kejohanan Eropah?