P. Maniam Nafi Bawa Semula Asraruddin Putra Omar Sertai Selangor

Masihkah anda ingat nama Asraruddin Putra Omar?

Pemain yang pernah bersama-sama skuad negara memperoleh kejuaraan Piala AFF pada 2010 ini kini kembali mendapat perhatian.

Menurut laman Goal, beliau dikatakan akan kembali menyarung jersi Selangor memandangkan jendela perpindahan telah pun dibuka.

Namun begitu, cerita itu telah dinafikan oleh jurulatih Selangor – P. Maniam.

Tak mahu tanggung

Asra merupakan sebahagian pemain Selangor pada 2007 hingga 2013 sebelum pergi meninggalkan pasukan tersebut untuk menyertai JDT.

Namun begitu, kecederaan yang dihadapi dan kurang masa bermain membuatkan pemain tersebut disisihkan dari skuad JDT dan ditamatkan kontrak pada akhir musim 2016.

Nama Asra kembali disebut selepas bekas pemain Selangor iaitu Amri Yahyah kembali ke skuad Selangor untuk menyertai.

Akan tetapi, Maniam awal-awal lagi menafikan akan mengambil pemain pertahanan itu memandangkan beliau masih lagi belum sembuh.

“Beliau masih lagi cedera dan belum lagi sembuh. Jika beliau sertai kami sekalipun, beliau hanya boleh berlatih kerana kami tak boleh mainkan beliau terus.”

“Oleh itu, kami terpaksa beri beliau 2,3 bulan untuk bolehkan beliau pulih semula sebelum benarkan beliau beraksi.”

Walaupun begitu, Maniam berkata pihak pengurusan mungkin dalam usaha membawa pemain itu kembali dan mungkin bersama Selangor.

“Setakat ini masih lagi tiada sebarang berita lagi. Mungkin sudah ada perbincangan dengan pihak pengurusan dengan Asra.”

Leave a Reply