Pemain tengah, Granit Xhaka yang memberikan tindak balas sempurna sebaik sahaja kembali diturunkan ketika bertemu Chelsea jelas gembira dengan kejayaan The Gunners menundukkan Chelsea di Emirates Stadium, awal pagi semalam.
Xhaka kembali diturunkan oleh Mikel Arteta setelah pemain kelahiran Basel, Switzerland itu terlepas tiga perlawanan sebelum ini susulan layangan kad merah diterimakan ketika perlawanan bertemu Burnley pada 13 Disember lalu.
Kepercayaan tersebut dibalas Xhaka dengan jaringan menarik menerusi sepakan percuma yang sekali gus berjaya menewaskan penjaga gol Chelsea, Edouard Mendy sekali gus menjadikan kedudukan 2-0 pada ketika itu sebelum Bukayo Saka menambah jaringan ketiga pada separuh masa kedua.
Dengan prestasi terumbang-ambing dipamerkan sebelum ini, kejayaan menundukkan seteru dari London itu nyata membuatkan Xhaka cukup gembira dengan kemenangan 3-1 tersebut.
”Terlalu ramai yang masih bercakap tentang kad merah tersebut. Ramai orang mula bercakap tentang itu lagi. Lagi dan lagi.”
”Saya sentiasa akan menunjukkan karakter saya,” ujar Xhaka menurut laporan Goal.
”Saya sangat kecewa dengan kad merah yang diterima dan saya tahu apa yang saya lakukan adalah salah di pihak saya.”
”Tetapi kini saya lebih gembira. Saya membantu pasukan dan saya sudah kembali.”
”Kami tahu bahawa ia akan menjadi satu perlawanan yang sukar, tetapi kami bekerjasama dengan baik sebagai sebuah pasukan dan pada ketika ini kami hanya mampu meraih mata sekiranya melakukan seperti sedemikian.”
”Kami menjalankan perancangan yang diberikan oleh jurulatih. Untuk memberikan tekanan, fokus pada 95 minit perlawanan.”
”Kami menjaringkan gol pada waktu yang tepat dan mendahului 3-0 sangat membantu kami,” tambah Xhaka lagi.
Kredit featured image: Chloe Knott – Danehouse/Getty Images
Baca artikel lain dari kami mengenai Granit Xhaka:
Analisis: Menjelaskan Perubahan Peranan Granit Xhaka Di Bawah Arteta