Mencari pekerjaan menjadi semakin mencabar pada ketika ini. Di era di mana hampir semua orang mempunyai ijazah, adalah penting untuk menghasilkan sebuah CV yang unik dan menarik perhatian bakal majikan.
Inilah yang dilakukan oleh Jarret Cundy, seorang graduan kejuruteraan dari England.
Daripada menulis CV mengikut format biasa, beliau menghasilkan CV berdasarkan kepakarannya dalam mengurus pasukan di Fantasy Premier League (FPL) dan Football Manager (FM).
Cundy memberitahu bakal majikannya:
“Sebagai seorang prospek jurutera, saya mahu kongsikan dengan anda kemahiran yang saya ada, dengan menggunakan pengetahuan Fantasy Football yang saya perolehi setelah menjadi pengurus Peterborough United di Football Manager 2014/2015.”
“Saya juga pernah dilantik sebagai pengurus Hamburg dan menyelamatkan pasukan daripada disingkirkan dari liga pada musim 2019/2020.”
Sesiapa sahaja boleh menyelamatkan Hamburg dari penyingkiran liga, tetapi kemahiran beliau tidak terhenti di situ.
Beliau juga menjelaskan kualiti ala Petr Cech yang dimilikinya :
“Saya sentiasa mengutamakan keselamatan dan tidak gentar untuk memakai topi keselamatan ketika bekerja.”
Beliau juga mendakwa mempunyai kualiti sama seperti pemain-pemain di pasukan FPL nya.
2. Nathaniel Clyne: Saya pantas dan bertenaga seperti loji nuklear, saya sentiasa bersedia untuk melangkah lebih jauh dengan cabaran dan syarikat yang lebih mencabar.
3. Leighton Baines: Saya mempunyai visi yang luar biasa, dan mampu menyiapkan hasil kerja yang terbaik.
4. John Terry: Seperti JT sendiri, saya dilahirkan sebagai seorang pemimpin dan tidak gentar untuk melakukan kerja diluar bidang tugas.
5. Vincent Kompany: Kompany pada nama dan Kompany pada jati diri saya. Ambil saya bekerja dan saya akan setia kepada anda disamping memberikan kejayaan dalam perniagaan anda.
6. James Milner: Teguh, boleh diharap dan bekerja dengan rajin untuk 8 jam. Anda akan mendapat komitmen 110% setiap masa, dan anda akan sukar percaya betapa bosannya saya rajin bekerja.
7. Theo Walcott: Seperti enjin stim, saya sentiasa bertenaga, walaupun berdepan cabaran sukar, saya bekerja keras dan bakal menjadi pekerja yang berharga.
8. Yaya Toure: Seperti pengurus projek yang baik, saya akan pastikan semua orang bekerja dengan baik, hinggakan jika anda terlupa hari lahir saya, saya masih maafkan anda.
9. Eden Hazard: Tiada kerisauan bila saya ada, saya pasti akan memberikan anda hasil dengan kerja keras saya. Sila pastikan pegawai NIOSH ada berhampiran.
10. Christian Benteke: Gagah, kuat dan berbisa menyudahkan peluang yang terhidang, saya membantu pasukan untuk memberikan anda hasil kerja yang positif.
11. Patrick Bamford: Muda, dan masih mentah, tapi pengalaman menunjukkan saya mempunyai kualiti yang diperlukan.
Jose Mourinho: Saya adalah pengurus projek tapak yang sempurna untuk semua aspek perniagaan anda. Tiada calon lain yang lebih baik dari saya, saya adalah “Yang Terpilih”.
Bagi kami, memang rugi jika bakal majikan beliau tidak mengambilnya bekerja. Tidak semua orang mampu berfikir di luar kotak untuk menghasilkan CV yang mudah diingati seperti ini.
Mengapa tiada orang yang menghantar CV seperti ini kepada kami?
Baca juga: 15 TIPS YANG PERLU SETIAP PENGURUS FANTASY PREMIER LEAGUE (FPL) TAHU