Pemain tengah Barcelona, Andre Gomes agak kritikal ke atas dirinya. Beliau mengakui dirinya malu dengan persembahan dan statistik beliau sejak menyertai Barcelona.
Sehinggakan beliau kadangkala takut untuk keluar dari rumah kerana tak mahu diejek oleh orang di luar sana.
Andre Gomes pernah menjadi rebutan banyak kelab termasuk persaingan el-clasico di antara Real Madrid dan Barcelona untuk mendapatkan beliau selepas aksi cemerlang di EURO 2016.
Beliau memilih untuk ke Barcelona dengan yuran perpindahan £31 juta serta klausa tambahan mencecah £17 juta.
Beliau bergelut dengan prestasi dan hanya menjaringkan 3 gol daripada 72 penampilan untuk kelab Catalan tersebut.
Ernesto Valverde antara orang yang sentiasa mempertahankan prestasi Gomes walaupun pemain itu kerapkali menjadi mangsa kritikan penyokong dan media pro Barcelona sendiri.
Bercakap kepada majalah Panenka, Andre Gomes memberitahu krisis prestasi beliau di dalam padang membuatkan hidupnya kini seperti di neraka.
“Mungkin ini bukan ayat terbaik untuk menggambarkan kehidupan saya di Barca. Di sini hidup saya ada sedikit seperti di neraka. Ini kerana saya sudah mulai merasai tekanan.”
“Perasaan saya setiap kali bermain adalah tidak bagus. Memikirkan banyak perkara membuatkan saya menderita kerana saya banyak berfikir benda yang negatif.”
Musim ini, Gomes hanya bermula sebanyak 4 kali. Prestasi di dalam padang memberikan impak kepda kehidupan di luar padang beliau.
“Lebih daripada sekali saya merasakan tidak mahu keluar rumah. Orang melihat ke arah saya dan saya takut untuk berjalan di luar sana dengan rasa malu.”
https://twitter.com/FlacoRMCF/status/973204822726987776
Gomes diejek oleh segelintir penyokong Barcelona ketika dibawa masuk menggantikan Iniesta dalam kemenangan 1-0 ke atas Atletico, 4 Mac lalu.
Semoga Andre Gomes kembali menyinar dan dapat mengatasi ketakutan ada pada diri beliau.