Gol pelik Diame berjaya membantu Newcastle United bangkit untuk menewaskan pencabar utama kejuaraan Liga Championship iaitu Brighton.
Kebangkitan gol lewat oleh pemain simpanan
Newcastle ketinggalan dalam perlawanan ini. Mo Diame berjaya menyamakan kedudukan pada minit ke-81.
Ayoze Perez dimasukkan 10 minit terakhir perlawanan. Perez berjaya menjaringkan gol kemenangan untuk Newacastle United.
2 gol dalam 9 minit terakhir membuatkan Brighthon rasa mereka seperti dirompak!
Ianya dianggap antara jaringan terpenting dalam kempen Newcastle United musim ini untuk kembali ke liga utama musim hadapan.
Gol pelik Diame
Sebelum jaringan kemenangan Ayoze Perez tersebut, Mo Diame berjaya telah menjaringkan satu gol pelik.
Ini adalah jaringan tersebut yang berlaku pada minit ke-81.
If you missed it Diame did this madness for Newcastle last night. Wasn't even looking at the goal. pic.twitter.com/L6GehaiP3i
— Club Clobber (@ClubClobber) March 1, 2017
Wajah Diame pun meraikan gol itu penuh dengan kebanggaan.
Pada masa yang sama, pemain yang cuba mengawal cubaan terus liar rakan beliau, Daryl Murphy telah ter’assist’ tanpa sengaja.
Ianya kombinasi sepakan lemah dengan cubaan untuk mengawal bola dan seorang pemain terkejut bola sampai ke kaki.
Selepas perlawanan Diame tweet ini:
Dalam perlawanan ini Newcastle menepati syarat pasukan juara. Mereka menewaskan pencabar utama di tempat lawan dan menakluki kedudukan liga.
Menjaringkan 2 gol kebangkitan pada 10 minit terakhir. Pemain simpanan memberikan perbezaan.
Kemenangan ini membolehkan Newcastle memintas Brighton untuk menjadi pendahulu liga.
Kedua-dua pasukan hanya dibezakan dengan 2 mata dengan 12 lagi baki perlawanan untuk diharungi.
Persaingan kejuaraan boleh dikira lebih kepada 2 pasukan ini. Huddersfield perlu bekerja keras untuk memasuki semula persaingan.
Baca juga: Analisis Taktikal EPL 2016/17: Plan B Mourinho Menjadi Penyelamat United