Quantcast

BERITA

Bale Tidak Percaya Dilayangkan Kad Merah, Marcelo Pula Rasa Nak Pulas Telinga Bale

Gareth Bale menerima kad merah pertama di dalam karier beliau selepas kekasaran ke atas Jonathan Viera. Bale dilayangkan kad kuning ke-2 dan dibuang padang.

Bale dan beberapa pemain Real Madrid agak bengang dengan keputusan pengadil dan menganggap ia tidak adil.

Bercakap kepada Real Madrid TV, Bale berkata:

“Saya tak percaya yang sentuhan sebegitu menerima kad merah.”

“Saya dilayangkan kad kuning kerana faul. Saya ditolak, jadi saya tolak dia balik.”

“Saya nak minta maaf kepada pasukan dan penyokong. Saya akan belajar daripada kesilapan.”

Selepas Bale dibuang padang, Real Madrid ketinggalan 1-3 dalam perlawanan tersebut dan Ronaldo menyelamatkan mereka dengan 2 gol selepas itu.

Timbalan kapten Real Madrid, Marcelo ada pandangan berbeza dengan Bale. Beliau merasakan tindakan Bale memang agak emosi dan mengecewakan rakan sepasukan.

Ia memang berhak mendapat kad kuning kedua ataupun kad merah dan memberikan amaran kepada rakan beliau. Marcelo berkata:

“Tak akan saya nak pulas telinga dia. Itu yang saya lakukan kepada anak saya (jika buat benda tak betul).”

“Bale dah cukup tua untuk mengetahui perkara yang dia buat itu betul dan tidak betul.”

“Perkara sebegini kerap berlaku dalam bola sepak, namun saya harap ia tidak akan berlaku lagi selepas ini sehingga ke akhir musim.”

Anda bersetuju dengan Bale atau Marcelo? Lihat video di bawah ini:

Jelas sekali Gareth Bale menyepak Viera dari belakang dan ia memang kesalahan yang tidak profesional dan agak emosi.

Rasanya, jarang Gareth Bale ini gagal mengendalikan tekanan. Dia pemain yang bersih sebelum ini. Diharap Bale akan kembali kuat secara mental selepas ini.

Respon Marcelo untuk insiden ini memang terbaik!

Baca juga: Testimonial Michael Carrick, Tampilkan Skuad United 2008, Gerrard, Lampard Dan Ramai Lagi