Gol Messi Beri Setien Kemenangan Pertama Bersama Barcelona

Lionel Messi menjelmakan kemenangan pertama buat Quique Setien sebagai pengurus baharu Barcelona apabila kelab Catalan itu menewaskan Granada dalam saingan La Liga pada awal pagi tadi.

Gol tunggal perlawanan oleh Messi tiba pada minit ke-76 perlawanan, selepas Barcelona kelihatan sukar untuk menewaskan barisan lima pemain pertahanan yang ditampilkan pasukan lawan.

Juara bertahan La Liga itu memiliki 80% penguasaan bola pada babak pertama perlawanan dan sentiassa kelihatan berbahaya setiap kali melakukan serangan.

Malah bek sayap, Jordi Alba seolah-olah seperti penyerang keempat – menggariskan bagaimana Barcelona menekan lawan dalam perlawanan ini.

Dalam 45 minit perlawanan turut menyaksikan sepakan percuma Messi tinggi melewati palang, manakala percubaan pemain remaja Ansu Fati turut dinafikan oleh penjaga Granada, Rui Silva selepas itu.

Gol tunggal perlawanan hadir selepas Riqui Puig berjaya merampas bola untuk di hantar kepada Messi. Pemain antarabangsa Argentina itu kemudiannya berjaya mencari Antoine Griezmann yang kemudiannya melorongkan bola kepada Arturo Vidal.

Pemain berasal dari Chile itu kemudian melakukan hantaran pendek ke dalam kawasan penalti untuk mudah disempurnakan oleh Messi.

Pemenang Ballon d’Or sebanyak enam kali itu kini telah menjaringkan gol pertama untuk tiga pengurus berbeza. Sebelum ini, Messi turut menjaringkan gol ketika Luis Enrique dan Ernesto Valverde baru mengambil alih pasukan.

Satu gol jaringan Messi ini sudah memadai untuk memberikan kegembiraan buat Setien dan Barca yang kini kembali memintas Real Madrid untuk berada di puncak La Liga dengan perbezaan jaringan selepas 20 perlawanan.

Granada pula kekal di kedudukan ke-10 walaupun tewas dalam perlawanan ini.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN