EPL 2019/20: Van Dijk, Salah, Pastikan Liverpool 16 Mata Di Puncak

Liverpool turun berhadapan dengan Manchester United dalam aksi tumpuan minggu ini.

Klopp menurunkan kesebelasan utama terbaik beliau. Manakala Ole Gunnar Solskjaer lebih kepada sistem agak defensif.

Liverpool mendominasi separuh masa pertama. Dan mereka menjaringkan gol awal menerusi Virgil Van Dijk yang menyambut hantaran sepakan penjuru.

Gol pada minit ke-14 itu, juga kerana zonal marking yang longgar oleh Manchester United.

Liverpool kemudian menyaksikan dua gol mereka dibatalkan. Salah satu kerana kekasaran ke atas De Gea. Di mana VAR membatalkan jaringan itu.

Gol kedua yang ditarik adalah gol Gini Wijnaldum yang terlebih dahulu berada di kedudukan ofsaid.

Manchester United memiliki peluang terbaik kepada akhir separuh masa pertama. Namun malangnya Andreas Pereira tidak dapat melakukan tap in.

Separuh masa pertama berakhir dengan pasukan tuan rumah berada di hadapan.

Bersambung pada separuh masa kedua pasukan Liverpool terus menaikkan intensiti permainan.

Sadio Mane dan Mohamed Salah, kedua-duanya mendapat peluang keemasan namun gagal menyudahkannya.

David De Gea juga cemerlang dengan melakukan dua ‘saves’ dia menafikan percubaan Sadio Mane dengan Jordan Henderson.

Manchester United mendapat peluang keemasan menerusi Anthony Martial, namun rembatan beliau tinggi.

Manchester United terus cuba mendapatkan gol penyamaan. Tetapi ketumpulan mereka di hadapan gol menyukarkan usaha mereka. Banyak percubaan dari luar kotak penalti dilakukan.

Liverpool terus bergelut untuk mendapatkan gol kedua, di sebalik banyak peluang oleh mereka dapat.

Ketika perlawanan masuk ke masa kecederaan, Manchester United telah menghantar kesemua pemain mereka masuk ke dalam kawasan Liverpool, pada situasi sepakan penjuru, kecuali David De Gea yang tidak dibenarkan oleh Ole Gunnar Solskjaer.

Bola sepakan penjuru itu ditangkap oleh Alisson. Dan kerja dulu Brazil itu terus menghantar kepada Mohamed Salah.

Salah yang berada di garisan tengah sudah tentunya beliau tidak ofsaid, terus meluru ke arah David de Gea.

Salah dengan tenang melakukan penyudah yang membunuh perlawanan.

Liverpool menang 2-0 ke atas Manchester United. Kemenangan ini melanjutkan lagi rekod tanpa kalah mereka kepada 38 perlawanan Liga Perdana Inggeris.

Mereka juga kekal menjadi pasukan nama sebelum kalah musim ini dalam saingan Liga Perdana Inggeris.

Liverpool berada 16 mata di puncak liga. Ini menjadikan mereka semakin hampir untuk mengakhiri penantian 30 tahun kejuaraan liga.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN