Borrusia Mochengladbach berjaya layak ke saingan suku akhir Europa League selepas berjaya menewaskan wakil senegara iaitu Schalke 04 dengan jaringan 2-0.
Pemain muda yang sering menjadi tumpuan pasukan-pasukan utama Eropah iaitu Mahmoud Dahoud berjaya menjaringkan gol minit-minit akhir yang merupakan gol kedua Borrusia Monchengladbach semalam.
Ketika perlawanan memasuki masa kecederaan separuh masa pertama, Mochengladbach memperoleh peluang untuk menyerang.
Ketika mereka dapat masuk ke kawasan Schalke 04, bola dihantar ke kaki Dahoud dan beliau mendapat satu peluang untuk merembat bola dari jarak jauh.
Beliau melepaskan rembatan padu bak peluru dari jarak kira-kira 25 meter untuk membolehkan Borrusia Mochengladbach memberikan pendahuluan untuk mereka pada perlawanan itu dengan jaringan 2-0.
Namun pasukan pelawat layak selepas berjaya ikat seri 2-2 dan 3-3 menerusi gol di tempat lawan.
https://www.youtube.com/watch?v=neVoazmjPf8
Baca juga: Samir Nasri Kutuk Vardy Penipu, Kritik Layanan Media Sosial