Dalam sebuah aksi 2. Bundesliga diantara pasukan VfB Stuttgart dan juga Arminia Bielefeld, seorang penjaga gol telah dihukum dengan jaringan selepas melakukan hantaran yang memalukan.
Alexandru Maxim menghukum penjaga gol Arminia Biefeld selepas pemain itu menghantar bola terus kepada beliau.
Maxim kemudiannya mengambil peluang tersebut dengan merembat dari jadi 40 meter dengan percubaan pertama kali (first time) ke arah pintu gol.
Rembatan itu berjaya menghasilkan gol lalu menjadi penyumbang kepada kemenangan 3-2 VfB Stuttgart ke atas Arminia Biefeld.
Sehingga kini, kami masih terfikir kenapa penjaga gol itu menghantar bola terus kepada Maxim.
Baca juga: 11 Terma Bola Sepak Lazim Yang Disebut Dalam Dialek Pantai Timur