Godin Tolak Tawaran Man Utd Kerana Anggap Atletico Madrid Seperti Keluarga

Pertahanan antarabangsa Uruguay, Diego Godin memiliki tahap kesetiaan yang cukup tinggi pada kelab Atletico Madrid.

Sejak menyertai El Atleti pada tahun 2010, Godin sering menjadi sasaran oleh kelab-kelab besar Eropah, termasuklah juga dari kelab Liga Perdana Inggeris, Manchester United.

Semalam Godin yang kini berusia 33 tahun telah membuat pengumuman meninggalkan kelab itu pada penghujung musim ini.

Pengumuman yang penuh emosi itu dibuat ketika menghadiri sidang akhbar di Wanda Metropolitano bersama beberapa pemain lain dan presiden kelab, Enrique Cerezo.

https://twitter.com/TheEuropeanLad/status/1125725395133894656?s=20

Kerap tolak Manchester United

Dalam pengumuman itu juga, Godin mendedahkan bahawa Manchester United antara kelab yang paling kerap membuat tawaran untuk mendapatkannya.

Godin mengakui beliau telah beberapa kali menolak tawaran untuk bermain di Manchester United ketika dibawah kendalian Jose Mourinho, dengan alasan tidak berhasrat untuk meninggalkan Atletico pada waktu itu.

“Saya menolak tawaran Manchester United setahun yang lalu kerana saya memutuskan untuk bertahan di Atletico Madrid. Sekarang, satu tahun kemudian inilah waktunya untuk pergi.”

Kapten Atletico itu disebut menjadi buruan Mourinho pada musim lalu dan keengganannya ke Old Trafford menjadi masalah paling besar buat pengurus Portugal itu dalam usaha untuk mengukuhkan benteng pertahanan pasukan.

Atletico keluarga saya

Godin mengakui kesal kerana tidak dapat bersetuju dengan kontrak baharu yang ditetapkan oleh pihak kelab.

Beliau menolak tawaran untuk menyambung kontrak untuk kekal di Wanda Metropolitan yang akan tamat pada 30 Jun.

Diego Godin of Atletico Madrid celebrates the victory during the Europa League Final match between Marseille and Atletico Madrid at Groupama Stadium on May 16, 2018 in Lyon, France. (Photo by Anthony Dibon/Icon Sport via Getty Images)

Bagaimanapun, Godin mengatakan keputusan untuk meninggalkan Atletico adalah perkara yang paling menyedihkan untuk dibuat – kerana menganggap kelab itu bagaikan sebuah keluarga baginya.

“Saya sedikit gugup, lebih-lebih lagi sebelum perlawanan. Saya memanggil semua [pemain] untuk memberitahu mereka bahawa ini adalah hari terakhir saya di kelab ini.”

“Ini bukan hanya sekadar kelab bagi saya, ini sudah menjadi keluarga saya dan sangat berat rasanya untuk mengucapkan selamat tinggal,” kata Godin.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN