Jasper Cillessen baru sahaja tandatangan kontrak lanjutan selama 2 tahun dengan AFC Ajax.Kontrak lanjutan ini bakal menyaksikan beliau menyarung jersi Ajax sehingga Jun 2018.
Pemain yang lahir pada 22 April 1989 dengan ketinggian 187 cm ini mula dikenali di peringkat global selepas menjadi GK utama Belanda pada edisi Piala Dunia 2014.
Dibeli oleh Ajax dari NEC Nijmegen pada musim 2011 dengan nilai perpindahan sekitar 3 juta pounds.Mendapat call-up pertama beliau semasa era Bert van Marwijk sebagai pengurus pasukan Belanda pada Mei 2011.
Cap pertama beliau ialah semasa Belanda di bawah kendalian Louis van Gaal pada 7 Jun 2013 menentang Indonesia.Semasa artikel ini ditulis, Cillessen sudah memiliki 20 cap bersama Belanda.
“Saya bangga dapat menyambung kontrak lanjutan bersama Ajax selepas 3 tahun setengah berada di sini.Musim lepas merupakan musim yang terbaik saya, ia menunjukkan yang keadaan boleh berubah sekelip mata dalam hidup,” kata beliau di website Ajax.
Tahukah anda sebab utama Louis van Gaal menukar Cillessen dengan Tim Krul semasa aksi suku akhir Piala Dunia 2014 Belanda menentang Costa Rica?
Gambar di bawah ini mungkin dapat menjawab perosalan anda.