Giroud Tak ‘Goyang’ Dengan Kehadiran Werner

Olivier Giroud Timo Werner

Penyerang veteran Chelsea, Olivier Giroud, mengaku tidak tergugat dengan kehadiran Timo Werner yang dikatakan bakal mengancam posisinya selaku pilihan utama buat pengurus pasukan, Frank Lampard.

Pemain yang sedang dalam tugasan antarabangsa bersama skuad kebangsaan Perancis itu percaya Lampard akan memilih pemain yang berada dalam prestasi terbaik untuk diturunkan dalam sesuatu perlawanan.

Walaupun sudah mengetahui Chelsea akan membeli penyerang Jerman teresebut, penyerang berusia 33 tahun itu tetap memilih untuk menerima tawaran sambungan kontrak yang terus mengekalkannya di Stamford Bridge.

https://twitter.com/Dandy_Boy1/status/1301811351669669888?s=20

Sebelum ini kedudukan Giroud dikatakan terkesan dengan prestasi memberangsangkan penyerang muda England, Tammy Abraham. Bagaimanapun segalanya berubah apabila saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) kembali bersambung pada Julai selepas semua aksi boleh ditangguhkan selama tiga bulan.

Giroud kembali menemui prestasi terbaiknya dengan bertransformasi menjadi penyerang berbisa buat Chelsea. Lampard memberikan kepercayaannya untuk beraksi dalam sembilan perlawanan terakhir liga dan beliau membalasnya dengan menjaringkan enam gol.

Namun, setelah Werner tiba, kebanyakan pihak sudah boleh menjangkakan Giroud hanya akan menjadi ‘plan B’ memandangkan rekod bekas penyerang RB Leipzig tersebut di Bundesliga telah menjelaskan segalanya. Beliau telah menjaringkan 95 gol daripada 159 penampilan dalam semua pertandingan.

“Dalam pasukan besar, memang akan ada persaingan untuk merebut tempat dan ia akan memberikan motivasi kepada saya. Sekarang ini saya bukanlah terlalu naif dan saya tahun kelab membeli Werner untuk dia beraksi di atas padang,” ujar Giroud.

“Apa yang pasti, kami berdua mempunyai profil yang berbeza. Dia lebih gemar beraksi di sebelah tepi, seperti mana yang dia beraksi bersama kelab dan pasukan kebangsaan. Jika ada penyerang dengan profil yang sama, mungkin saya perlu risau.

“Tapi saya akan lakukan apa sahaja untuk pastikan Lampard dalam keadaan sukar untuk menentukan siapa penyerang utama pasukan untuk musim baharu ini.”

Kredit Foto: BlueSoldiersFC

Baca juga artikel kami yang lain mengenai Chelsea:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN