Bintang Juventus, Giorgio Chiellini Terima Ijazah Sarjana Dalam Pengurusan Bisnes

Bintang Juventus, Giorgio Chiellini baru-baru ini menerima ijazah sarjana di sebuah universiti di Itali.

Beliau menerima sarjana dalam pengurusan bisnes di universiti beliau menuntut iaitu Fakulti Bisnes & Pengurusan, Universiti Turin.

Sebelum itu, kami ingin bezakan yang ijazah sarjana adalah master dan ijazah sarjana muda adalah degree.

Dalam hal ini, Chiellini menerima master.

Tesis menarik

Chiellini menerima sarjana dalam bidang beliau pelajari selepas melakukan satu tesis menarik mengenai bola sepak dengan perniagaan.

Tesis yang beliau lakukan adalah bertajuk Model Bisnes Kelab Bola Sepak Juventus Dalam Konteks Antarabangsa.

Tesis yang dilakukan Chiellini.

Hasil dari tesis yang cukup cemerlang itu beliau dianugerahkan sarjana oleh Universiti Turin yang dalam satu majlis ringkas di hadapan Profesor Pietro Paolo Biancone yang merupakan pemeriksa dan tutor beliau.

Selain itu, penyelia beliau Professor Alberto Gallatari dan Ketua Pegawai Perhubugan Awam Juventus, Stefano Bertola turut hadir.

Chiellini melalui laman Facebooknya nyata gembira dalam pencapaian beliau dalam bidang akademik.

“Akhirnya, semangat yang dibawa di dalam padang serta di dalam buku telah membantu saya untuk beberapa tahun ini.”

“Saya berbangga dengan pengijazahan ini, saya bangga berada di sini. Saya gembira berjaya sampai ke tahap ini.”

Kami di Semuanya BOLA ingin mengajak para pembaca kami agar sentiasa mementingkan pendidikan demi menjamin masa depan kita semua. Kita semua tak tahu apa akan jadi di masa hadapan bukan?

Apa pun tahniah buat Chiellini, semoga kisah beliau ini dapat menjadi inspirasi kepada kita semua!

Baca juga: Kenali Struktur Pertandingan Bola Sepak England, Dari Liga, Piala Hinggalah Ke Pasu

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN