Ginney Chew Mahu Penyokong Kedah ‘Like’ Sekali Lagi Untuk Sokong Marcote

Kelmarin pihak KFA ada menyebut yang mereka akan meneliti kedudukan Ramon Marcote selepas beberapa pihak mendesak jurulatih itu direhatkan.

Datuk Seri Ahmad Bashah menyatakan yang pihak KFA akan memberikan peluang kepada Ramon Marcote untuk bersuara terlebih dahulu bagi menjelaskan keadaan, sebelum apa-apa tindakan diambil.

Prestasi kurang meyakinkan pasukan Kedah musim ini membuatkan beberapa penyokong Kedah panik dan mahukan langkah drastik diambil.

Anda pasti masih ingat dengan nama Puan Sri Ginney Chew, antara orang kuat yang berusaha membawa Ramon Marcote ke Kedah pada satu ketika dahulu.

Beliau pernah memuat naik hantaran di facebook meminta peminat Kedah menekan ‘like’ supaya melebihi 25,000 likes pada mereka yang mahukan Marcote membimbing Kedah. Beliau berjanji akan membawa suara penyokong Kedah itu ke KFA.

Ginney Chew mengotakan janjinya untuk bertemu dengan KFA. Dan seperti yang diharapkan, Ramon Marcote berjaya menduduki kerusi ketua jurulatih di Kedah.

Dalam beberapa minggu, sudah banyak suara dan tekanan ke atas Ramon Marcote. Tekanan itu semakin kuat apabila Kedah disingkirkan Pahang dalam pusingan ke-3 Piala FA. Ianya beberapa hari selepas mereka dikejutkan KLFA dalam saingan MSL.

Lalu, Ginney Chew membuat keputusan untuk membuat pungutan suara sekali lagi dengan ‘likes’ di facebook beliau. Ginney Chew mahu membuktikan yang masih ramai penyokong Kedah berdiri di belakang Ramon Marcote.

Ginney Chew antara individu yang memiliki akses yang baik kepada KFA untuk bersuara mewakili peminat Kedah meluahkan apa sahaja.

Ramon dalam proses transisi yang agak sukar kerana Kedah hilang beberapa pemain berpengaruh seperti Zac Anderson dan penjaring prolifik mereka Ken Ilso.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN