Satu lagi pasukan tersingkir daripada Liga Perdana Inggeris iaitu West Bromwich Albion selepas Southampton mengorak langkah besar bagi mengekalkan kedudukan mereka dalam divisyen utama bola sepak England itu setelah menewaskan Swansea hari ini.
West Brom, yang dibimbing Darren Moore, mengharapkan pertembungan antara Southampton dan Swansea di selatan Wales berkesudahan dengan keputusan seri untuk membolehkan mereka mengelak daripada tersingkir dalam perlawanan terakhir musim ini pada Ahad.
Selepas lebih 70 minit pertarungan berlangsung, pemain gantian Manolo Gabbiadini menghasilkan jaringan yang ditunggu-tunggu untuk Southampton setelah dia bertindak pantas menolak bola ke pintu gol hasil hantaran Charlie Austin.
West Brom's Darren Moore was named Manager of the Month and relegated on the same day 😳 pic.twitter.com/K4dPnuGJi3
— B/R Football (@brfootball) May 9, 2018
Gabbiadini baru empat minit berada di dalam padang dan jaringan tersebut merupakan gol kelima buat pemain dari Itali itu musim ini.
Kemenangan tersebut bermakna Southampton mendaki ke anak tangga ke-16 dalam carta liga, berkelebihan tiga mata berbanding Swansea yang menghuni tempat ke-18.
Keputusan itu juga menyaksikan kelab Wales tersebut menjadi pilihan untuk menyertai West Brom dan Stoke turun ke Liga Kejuaraan.
Our fight for @premierleague survival has come to an end following Southampton's victory at Swansea City.
On to @CPFC…
Let's finish the season six unbeaten.
Come on you Baggies!#WBA pic.twitter.com/FsgnyFa0H6
— West Bromwich Albion (@WBA) May 8, 2018
Kejayaan yang dicatat Southampton mengesahkan West Brom kembali ke divisyen dua selepas lapan musim di dalam liga utama itu, dengan tempat kelapan merupakan keputusan terbaik pernah dicatat Baggies pada musim 2012/13 sewaktu Steve Clarke menerajui kelab tersebut.