Selepas tugu Cristiano Ronaldo dan Maradona yang menjadi bahan jenaka oleh netizen, kali ini giliran Michael Essien pula menyertai ‘kelab’ tersebut.
Michael Essien dianggap antara pemain terbaik dari Afrika dalam sejarah bola sepak. Beliau sinonim dengan kelab Chelsea. Essien memiliki 1 UCL, 4 Piala FA, dan beberapa lagi kejuaraan liga.
Essien tampil dalam 60 kaps untuk Ghana. Maka tidak hairanlah beliau diberikan penghargaan dengan membina satu tugu penghormatan kepada beliau di negara kelahirannya di Ghana.
Tugu Essien adalah hasil ukiran seniman tempatan Ghana dan sudah dipamerkan kepada umum di bandar Kumasi. Tugu yang memperlihatkan Essien dalam persalinan jersi Chelsea.
Anda saksikanlah sendiri di bawah ini.
Apa pandangan anda? Mirip tak?
Sebelum ini tugu Cristiano Ronaldo di Lapangan Terbang Madeira mendapat perhatian ramai yang mempersoalkan sejauh mana ia seiras dengan empunya badan.
Tidak lama selepas itu, menyusul pula tugu Maradona di Kolkata yang dikatakan mirip Susan Boyle.
2017 was a rough year for footballer statues.
Which is worse: Diego Maradona's statue or Cristiano Ronaldo's bust? pic.twitter.com/JWmtaY9JtC
— ESPN FC (@ESPNFC) December 12, 2017
Dan kini tugu Michael Essien pula sedang hangat dibincangkan di media sosial. Kami berharap Michael Essien tabah menghadapi dugaan ini.
Essien kini bermain untuk Persib Bandung di Indonesia dan beliau seringkali menjadi nama seringkali menjadi bualan di ruangan komen semuanyaBOLA.