Seorang demi seorang pemain Tottenham Hotspur mengalami kecederaan serius dan pemain terbaru yang memasuki senarai adalah Ben Davies dan pemain yang baru sahaja menyertai kelab London itu pada bulan Januari lepas, Steven Bergwijn.
Bergwijn yang mengalami kecederaan buku lali dilaporkan akan terlepas baki saingan musim ini. Namun pengurus Spurs, Jose Mourinho masih optimis pasukannya mampu untuk melepasi cabaran RB Leipzig di peringkat kalah mati Liga Juara-Juara Eropah (UCL).
Kelab Liga Perdana Inggeris itu yang tewas 1-0 di London pada bulan lepas sudah pun kehilangan dua penyerang utama iaitu kapten England, Harry Kane dan penyerang Korea Selatan, Son Heung-min. Bergwijn pula mendapat kecederaan tersebut ketika pasukannya seri 1-1 ketika menentang Burnley pada Sabtu lepas.
Spurs' January signing Steven Bergwijn could be out for the season.
Full details: https://t.co/QMYHPlH8MS#bbcfootball pic.twitter.com/7gxyU6zcpN
— BBC Sport (@BBCSport) March 9, 2020
“Ben [Davies] akan berehat selama satu atau dua minggu. Tetapi Steven [Bergwijn] saya tidak rasa dia boleh bermain lagi musim inil,” kata Mourinho.
Jurulatih kelahiran Portugal itu berkata, sememangnya sukar untuk membuat persiapan terbaik untuk menghadapi perlawanan besar tanpa pemain-pemain utama.
“Saya masih kekal positif dan tenang. Tetapi cuba kamu bayangkan Leipzig tanpa Timo Werner, Patrick Schick, Christopher Nkunku, Yussuf Poulsen, Emil Forsberg, saya yakin jurulatih [Julian Nagelsmann] tidak mampu ketawa seperti mana saya sekarang.”
BREAKING | Tottenham Hotspur head coach Jose Mourinho has confirmed that he does not expect Spurs attacker Steven Bergwijn to play again this season after suffering an injury.#THFC #COYS pic.twitter.com/86slOBptl9
— Ricky Sacks 🎙 (@RickySacks) March 9, 2020
Spurs gagal mencatat kemenangan dalam lima perlawanan terakhir mereka dalam semua pertandingan termasuk kekalahan kepada Leipzig pada perlawanan pertama UCL. Pasukan itu turut disingkirkan oleh Norwich dalam saingan Piala FA.
Sementara itu, pemain tengah, Dele Alli menambah, keputusan buruk dan kecederaan tidak boleh dijadikan alasan untuk beliau dan rakan sepasukan tidak memberikan yang terbaik dalam perlawanan seterusnya.
“Kami kini dalam posisi yang semua pihak perlu bangkit untuk mengubah nasib pasukan.”