Giliran Pemain Lubnan Pula Jadi Korban Rejim Zionis, FIFA Tetap Membisu?

Bola sepak antarabangsa terus dirundung dengan episod malang akibat kekejaman rejim zionis Israel, dengan terbaharu giliran pemain bola sepak profesional dari Lubnan, Mustafa Garib pula menjadi mangsa korban seterusnya.

Ianya dilaporkan sendiri melalui laman Lebanon Football Guide di media sosial X dengan menyatakan pemain dari kelab Shabab Baalbeck SC itu sudah pun meninggal dunia atas kekejaman dibuat oleh Israel.

Leyla Hamed yang merupakan seorang wartawan bola sepak turut berkongsikan perkara tersebut dengan beliau tampil lantang mempersoalkan Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) yang masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi.

Sehingga kini, sudah dua pemain bola sepak profesional di Gaza serta Lubnan dilaporkan meninggal dunia atas kekejaman dilakukn Israel yang membuat pengeboman dari udara.

Sebelum ini, Mohammed Barakat dari Gaza juga turut menjadi korban yang sama akibat pengeboman dilakukan rejim zionis dari udara yang turut mengakibatkan ramai rakyat lain menjadi mangsa.

Menerusi laporan dikeluarkan, Barakat terkorban di rumahnya sendiri sekitar Khan Younis selepas pengeboman dari ruang udara Gaza oleh Israel.

Lebih menyayat hati, Barakat terkorban pada hari pertama arwah menyambut 1 Ramadan bersama beberapa lagi masyarakat setempat sekitar kawasan itu.

Untuk rekod, Barakat merupakan seorang perwira yang dijulang di Gaza dan antara penyerang terbaik pernah muncul serta merekodkan tiga kali penampilan keseluruhan buat skuad kebangsaan Palestin serta peledak gol berbisa.

Barakat juga merupakan salah seorang tonggak utama beraksi untuk Al-Ahly Gaza yang merupakan sebuah kelab tempatan di Palestin kini.

Berbalik kepada isu tersebut, FIFA jelas menjadi begitu ‘liat’ untuk mengeluarkan sebarang kenyataan tentang nasib pemain bola sepak yang berada di Gaza serta Lubnan, tatkala korban membabitkan mereka semakin bertambah.

Malah, Presiden FIFA sendiri iaitu Gianni Infantino seolah langsung tidak mempedulikan nasib dua mangsa tersebut, dengan kenyataan terbaharu beliau ingin melawat Israel untuk melihat perkembangan bola sepak di sana.

Sedangkan perkembangan di Palestin pula tampil menyedihkan dengan lebih daripada 100 pemain bola sepak di sana sudah pun meninggal dunia akibat kekejaman dibuat oleh rejim zionis.

Umpama boneka, itu sahaja perkataan boleh dikeluarkan kepada Infantino atas sikapnya yang begitu berat sebelah dan menjaga hati Israel berbanding nasib para pemain di Gaza serta Lubnan yang semakin meruncing.

Tidak seperti isu membabitkan Ukraine dan Russia, dengan FIFA begitu memberi tumpuan ketika itu untuk membela nasib negara terkorban sehingga pelbagai cara dibuat untuk membuktikan mereka ‘buat kerja’.

Pembelaan diberikan FIFA kepada Ukraine jelas tidak langsung diperoleh Palestin atau Lubnan yang sehingga kini hanya disampaikan nasib mereka melalui media sahaja untuk orang ramai.

Kesimpulannya, keberadaan FIFA ketika ini lebih kepada untuk menjaga kepentingan tersendiri dan bertindak membisu umpama si bodoh kehilangan kata untuk cuba menggunakan kuasa mereka membela walau sedikit kepada pemain Palestin serta Lubnan.

Sudah tiba masanya buat beberapa negara terus bersatu hati seperti Malaysia memberi tekanan berterusan buat badan tersebut untuk bertindak sesuatu sebelum ianya kian parah.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN