Giliran ‘Messi Ganu’ Pula Berjaya Diikat Kedah Pada Musim Ini

Kedah Darul Aman (Kedah) berjaya menandatangani khidmat pemain sayap lincah kelahiran Kelantan, Muhammad Faiz Bin Mohd Nasir untuk mengharungi saingan musim 2024/2025.

Ianya diumumkan sendiri secara rasmi melalui media utama Sang Kenari dengan menyatakan ketibaan pemain tersebut selaku rekrut terbaharu mereka pada musim ini dalam saingan Liga Malaysia (Liga M).

Menerusi kenyataan tersebut, Faiz menyertai Kedah secara pinjaman kerana beliau masih lagi mempunyai kontrak bersama Terengganu sebelum itu.

“KDA FC dengan bangga mengumumkan ketibaan Muhammad Faiz Bin Mohd Nasir, pemain yang pernah dirisik barisan kejurulatihan Kedah suatu masa dahulu, antara pemain bertubuh kecil namun lincah mangatur gerakan dan turut menjaringkan gol penting dan berkelas dunia ketika Final Piala Malaysia 2018 menentang Perak.

“Pemuda berusia 32 tahun ini akhirnya berjaya disunting pihak pengurusan secara kontrak pinjaman dari Terengganu FC, rezekinya kali ini bersama Sang Kenari, beliau berazam untuk bangkit menyamai prestasi kemuncaknya bersama Terengganu suatu masa dahulu,” jelas kenyataan tersebut.

Untuk rekod, Faiz telah pun dipinjamkan bersama Kelantan United pada separuh musim lalu selepas beraksi seketika bersama Sang Penyu di pentas domestik.

Musim 2023 menyaksikan Faiz telah pun diberi peluang beraksi sebanyak 15 perlawanan secara keseluruhan tanpa sebarang rekod gol atau bantuan jaringan bersama kelab diwakilinya.

Terkenal dengan kelincahan dan pantas menggerakan serangan, pemain sayap kiri itu berkemampuan penuh untuk beraksi di bahagian kanan atau pemain tengah serangan mengikut percaturan taktikal.

Pastinya Nafuzi Zain memiliki perancangan tersendiri untuk memastikan posisi serangan Kedah jauh lebih ampuh berbanding tahun lalu terutama sekali membabitkan kualiti pemain tempatan.

Sehingga kini, Kedah menjadi antara pasukan paling aktif menandatangani pemain tempatan berkualiti dengan Syafiq Ahmad, Irfan Zakaria, Zamrie Pin menjadi antara nama besar menyertai Sang Kenari.

Untuk posisi import, pasukan tersebut berjaya menandatangani bekas pemain serangan kebangsaan Uzbekistan iaitu Sukhrob Nurullaev yang turut beraksi di posisi sayap Sang Kenari musim ini.

Secara keseluruhan, persiapan Sang Kenari boleh dianggap sedikit sederhana jika dibandingkan pada musim lalu selepas melihat beberapa isu menghantui mereka daripada segi tunggakan.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN