Giliran Import, Richmond Tetteh Pula Dibangunkan Oleh Selangor Di Pasukan ‘Feeder’

Pemain import muda baharu Selangor, Richmond Tetteh Ankrah atau mesra dipanggil Richmond sah menjalani sesi latihan bersama pasukan Selangor bagi menggantikan khidmat pemain sebelum itu, Jordan Ayimbila yang berhijrah ke Amerika Syarikat setelah mempamerkan aksi yang cukup cemerlang pada musim lalu.

Richmond yang beraksi di posisi pertahanan sebelum ini merupakan kapten untuk pasukan Accra Lions dan pemain muda ini menjadikan Selangor sebagai batu loncatan untuk dirinya beraksi di peringkat lebih tinggi dalam saingan Liga Malaysia (Liga-M).

Untuk rekod, Selangor 2 telah pun menandatangani lima pemain import muda dalam skuad pembangunan itu dengan Hein Htet Aung dari Myanmar dan tiga lagi pemain dari kelab yang sama diwakili oleh Richmond dari Accra Lions iaitu Jordan Ayimbila, George Attram, Jordan Ayimbila, dan Alexander Agyarkwa untuk beraksi di Liga Premier.

Menurut ketua pengendali Selangor, Michael Feichtenbeiner, beliau kagum dengan prestasi yang dipamerkan Richmond sewaktu beraksi bersama Accra Lions dan sudah memantau kelibat pemain tersebut hampir dua musim sebelum dipanggil menyertai The Red Giants.

“Saya agak kagum dengan prestasinya pada musim-musim sebelum ini. Hampir dua musim saya memerhatikan beliau. Accra Lions telah dinaikkan pangkat ke Divisyen Pertama dan beliau kekal menjadi kapten pasukan tersebut, ini menunjukkan beliau mempunyai sifat kepimpinan yang tinggi serta kemahiran yang baik dalam padang.

“Beliau juga merupakan seorang pertahanan tengah yang sangat berkebolehan. Saya pasti dia akan membantu pasukan sebaik sahaja beliau diberi peluang tersebut. Buat sementara ini, beliau akan didedahkan dengan kancah Liga Malaysia bersama pasukan Selangor FC 2 dahulu bagi memastikan beliau dapat menyesuaikan diri di negara baharu,” ulas pengendali tersebut menerusi laman rasmi Selangor.

Tambah Michael, kehadiran pemain muda itu menjadi detik terbaik dalam memperkukuhkan pasukan setelah mereka kehilangan khidmat Ayimbila pada awal musim ini dan berharap Richmond mampu menunjukkan peningkatan yang baik dalam permainan seperti rakan yang lain.

“Richmond bagi saya merupakan pengganti Jordan Ayimbila yang terbaik yang telah disunting oleh kelab San Antonio setelah beraksi dengan cemerlang dalam Liga Malaysia musim lalu. Jordan telah pun beraksi bersama pasukan baharunya  dalam Kejohanan USL baru-baru ini.

“Saya berharap pemain Accra Lions yang lain seperti George, Alex dan Richmond dapat menunjukkan peningkatan yang sama dan mereka boleh membuat langkah seterusnya seperti Jordan. Tidak lupa juga terima kasih atas sokongan tinggi daripada pihak pengurusan Selangor FC bagi memberi peluang-peluang seperti ini terjadi kepada pemain-pemain muda.”

Kehadiran Richmond pastinya dapat menambah sengat yang baik buat Selangor 2 di bahagian pertahanan musim ini selain bakal menjadi aset jangka masa panjang buat skuad tersebut untuk membangunkan pemain import muda seperti beliau setelah berjaya menaikkan nama pemain seperti Jordan Ayimbila untuk beraksi di saingan liga yang lebih tinggi lagi.

Richmond juga boleh mengikut jejak langkah Ayimbila untuk bermain untuk pasukan utama Selangor sekiranya beliau mampu mempamerkan konsistensi dalam setiap aksi dipamerkan.

Ikuti kami di TikTok!

Semuanya BOLA akhirnya telah tiba di TikTok! Ikuti akaun TikTok kami untuk dapatkan info ringkas dan santai mengenai bola sepak dalam bentuk video pendek sekarang.

Jom buat ramai di sana dengan ikuti di tiktok.com/@mysemuanyabola sekarang!

Sumber:
Selangor FC

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN