‘Gila B*** Siot!’ – Tendangan Ala Cantona Cemari Pergaduhan Bola Sepak Di Gombak

Sebuah perlawanan bola sepak amatur di Gombak telah dicemari dengan aksi panas melibatkan kedua-dua pasukan hingga menyebabkan sebuah tendangan terbang dilakukan.

Tendangan terbang yang dilakukan ala cara Eric Cantona itu telah membuatkan perakam video mengatakan “gila b*** siot” apabila melihat perkara itu terjadi.

Pemain okay, penyokong melebih

Menurut sumber yang kami peroleh, kejadian tersebut berlaku disebabkan tekanan berlebihan yang diberikan oleh penyokong ketika perlawanan.

Perlawanan yang diadakan pada jam 8 malam semalam melibatkan Mutiara Gombak dan GBK FC ini dikhabarkan telah mendapat campur tangan daripada penyokong hingga situasi huru-hara berlaku.

Mereka mendakwa yang kedua-dua pasukan baik-baik saja tetapi penyokong yang berlebih-lebih dalam situasi ini.

Malah terdapat pemain salah sebuah pasukan mengalami patah tangan akibat cedera ketika situasi panas itu berlaku.

Bagaimana Anda Boleh Hidupkan ‘Vibe’ Tonton Bola Di Kedai Mamak Bersama sooka

Laporan polis dibuat

Kedua-dua pasukan telah pun melakukan laporan polis selepas perkara itu berlaku.

Malah, kedua-dua pasukan juga telah mula mencari jalan penyelesaian antara mereka dan siasatan dikatakan sudah hampir selesai.

Mangsa yang mengalami patah tangan tersebut turut telah mendapatkan rawatan yang sepatutnya.

Bukan menang RM 10 ribu pun

Apa yang berlaku ini pastinya tidak mahu dilihat oleh kita semua.

Disebalik tendangan seperti Cantona itu, terselit kedunguan yang tidak sepatutnya ditunjukkan oleh kita semua ketika bermain bola.

Situasi yang berlaku ini jelas sekali berlawanan dengan tujuan bola sepak amatur atau rekreasi sebegini diadakan.

Ianya sepatutnya diadakan dengan penuh harmoni dan semangat kesukanan sambil kita berusaha menyihatkan badan.

Tetapi sebaliknya yang berlaku.

Harus diingat, setiap pemain yang datang membayar harga yang sama untuk bermain. Selain sebagai pemain, mereka juga adalah bapa kepada sebuah keluarga atau anak harapan ibu bapa mereka.

Jadi, berbaloikah pergi main bola dan bayar RM 30 kemudiannya pulang ke rumah dengan tangan patah?

Main bola sepak rekreasi ini untuk suka-suka sahaja dan bukannya adalah hadiah RM 10 ribu untuk pemenang.

Jadi, berpada-padalah.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN