Legenda Manchester United, Ryan Giggs menyuarakan keyakinan bekas pasukannya mampu kembali mencabar kejuaraan.
Manchester United baru-baru ini telah melantik Ole Gunnar Solskjaer sebagai pengurus tetap pasukan tersebut dan berita ini jelas memberi kegembiraan buat penyokong kelab itu.
Menurut laman BBC Sport, Giggs menjangkakan Solskjaer dapat membantu Manchester United kembali mencabar kedudukan 4 terbaik liga.
“Sukar untuk saya katakan ketika ini kerana banyak pasukan yang lebih baik sekarang.”
“Tetapi dengan pemain dan momentum yang ada sekarang, saya rasa kami mampu dapat kedudukan 4 terbaik.”
Kata Giggs, dengan adanya Solskjaer sebagai pengurus maka momentum kelab itu sudah kembali semula dengan menyaksikan Manchester United kembali mencatatkan keputusan positif secara konsisten.
“Saya cukup gembira apabila mendapat tahu beliau berjaya mendapatkan kerja ini secara tetap.”
“Pasukan ini sudah kembali mendapatkan momentum yang diperlukan walaupun 2 lepas kami tidak berjaya mendapatkan keputusan positif.”
Solskjaer dianggap sebagai calon yang tepat kerana beliau mempunyai ‘jiwa’ dan memahami budaya yang diamalkan oleh Manchester United.
“Beliau adalah seorang yang pernah bermain dan melatih pemain di kelab ini. Malah, Solskjaer turut mengenali bagaimana rupanya pemain kelab ini.”
Solskjaer dan Manchester United mengikat perjanjian kontrak selama 3 tahun selepas kontraknya bersama kelab Molde tamat.
Keputusan itu dilakukan selepas bekas pemain Manchester United itu mendapatkan keputusan yang cemerlang dalam saingan Premier League serta UEFA Champions League.
Dengan saingan untuk merebut kejuaraan liga sudah jauh dari pandangan, misi realisitik Solskjaer musim ini adalah hanya untuk mendapatkan gelaran Eropah yang kini sudah memasuki fasa suku akhir.
Namun ujian berat menanti kerana mereka bakal berhadapan dengan Barcelona yang kini berada dalam prestasi terbaik mereka.