Selepas tewas kepada Arsenal, legenda Manchester United, Ryan Giggs berkata kelab tersebut mungkin perlu menunggu sehingga 20 tahun lagi untuk menamatkan kemarau kejuaraan Liga Perdana Inggeris (EPL).
Kali terakhir United menjulang trofi tersebut adalah pada musim 2012/13 di bawah kendalian Sir Alex Ferguson di mana Giggs masih beraksi pada waktu itu yang juga merupakan koleksi kejuaraan EPL ke-13 peribadinya.
Sejak itu, kejuaraan mula diraih oleh Chelsea, Leicester City, Manchester City dan yang terbaharu Liverpool. Selepas tujuh tahun kempunan, masih tiada tanda-tanda trofi agung itu akan kembali ke Old Trafford pada musim ini.
Giggs kemudiannya mengambil contoh Liverpool yang hanya menamatkan penantian mereka selepas 30 tahun dan ianya berhasil pada tahun keempat pasukan tersebut di bawah kendalian pengurus dari Jerman, Jurgen Klopp.
Dalam satu temubual bersama Jamie Carragher, pengurus skuad kebangsaan Wales itu mengakui beliau juga bimbang The Red Devils perlu mengambil tempoh masa yang sama untuk kembali memenangi kejuaraan liga.
Episode 3 of series 2 @GreatestGamePod with #ManUtd & @premierleague Legend Ryan Giggs! 🎧🎙
• Playing under SAF ⚽️
• CL success & failures 🏆
• Managing Wales 🏴
• Being punched by LVG 👊🏻
• THAT GOAL 💨https://t.co/waKG6IQ0Vb pic.twitter.com/kX7Uvkim2N— Jamie Carragher (@Carra23) October 29, 2020
“Mungkin 12 atau 20 tahun lagi, terutamanya jika Klopp dan [Pep] Guardiola masih ada di EPL,” ujarnya.
“Kita tengok sendiri Liverpool di mana kali terakhir mereka menang sebelum ini adalah pada 1990. Mereka rasa ‘kami akan menang tak lama lagi’, tetapi mereka menunggu sehingga 30 tahun.
“Malah Klopp sendiri mengambil masa empat tahun setengah untuk dia memenanginya, bermakna ia mengambil masa yang panjang.
“Kamu perlu lihat bagaimana Klopp menambah baik pasukannya setiap musim sehingga berjaya memenangi Liga Juara-Juara Eropah (UCL) dan kemudian kamu tengok peningkatan mereka sedikit demi sedikit.
Ryan Giggs on meeting Louis Van Gaal for the first time in Holland: “ He looked me up and down and said you are in good shape and then just punched me in the stomach.” 😂 #muzone [@WebbyONeill] pic.twitter.com/zakxxDlUd1
— United Zone (@ManUnitedZone_) October 31, 2020
Apabila ditanya sama ada beliau berminat untuk membimbing United, jurulatih berusa 46 tahun itu mengatakan beliau sudah gembira dengan tugasannya sekarang dan menganggap peluang untuk kembali melatih United sudah boleh dilupakan.
“Saya tak nampak United boleh menjadi juara dalam masa terdekat. Saya boleh cakap yang saya gembira dengan tugas di Wales buat masa sekarang.”
Baca juga artikel kami yang lain mengenai perkembangan bola sepak Inggeris: