EPL 2020/21: Leicester Buka ‘Klinik Counter Attack’ Di Elland Road

Youri Tielemans menjaringkan dua gol untuk membantu Leicester City membelasah Leeds 4-1 dalam perlawanan Premier League di Elland Road awal pagi tadi (waktu Malaysia). Dengan kemenangan ini, The Foxes naik ke tangga kedua liga, satu mata di belakang pendahulu Liverpool.

Impak Jamie Vardy dalam strategi serangan balas pantas Leicester sangat besar dengan penglibatannya dalam tiga gol mereka.

Gol pertama terhasil seawal minit ke-2 apabila Harvey Barnes berjaya menekan pertahanan Robin Koch untuk membuat kesilapan hantaran belakang. Hantaran itu berjaya dipintas oleh Vardy yang menghantar ke laluan Barnes untuk tampanan mudah.

Hampir 20 minit kemudian Leicester menambah gol kedua. Berpunca daripada tandukan terbang Vardy yang gagal dikeluarkan dengan selamat, Tielemans tampil menyudahkan peluang.

Leicester buka klinik counter attack

Leeds United yang terkenal dengan keagresifan tekanan (pressing) mereka ketika hilang bola diberi pengajaran oleh Leicester dalam perlawanan awal pagi tadi. Keagresifan pressing Leicester berkali-kali membuahkan peluang. Pertahanan Leeds pula gagal menangani kelajuan transisi bertahan ke serangan pelawat.

Anak buah Marcelo Bielsa – yang bermain tanpa Rodrigo kerana kontak rapatnya positif COVID-19 – terpaksa membayar harga yang mahal dek separuh masa pertama yang mengecewakan.

Patrick Bamford turun dalam perlawanan ini dengan enam gol dalam enam perlawanan liga. Tetapi beliau hanya mampu menanduk lemah ke dakapan Kasper Schmeichel pada minit ke-2, biarpun tak dikawal oleh sesiapa.

Selepas kesilapan Koch yang menghadiahkan gol pertama Leicester, Leeds nampak goyah dan takut-takut walaupun menguasai bola. Leicester pula tampak yakin dan berbahaya setiap kali mendapat bola.

Kapten Liam Cooper, penjaga gol Illan Meslier dan Helder Costa masing-masing jelas nampak gementar apabila melakukan kesilapan demi kesilapan yang menghadiahkan peluang gol buat Leicester.

Strategi Rodgers halang kebangkitan Leeds

‘Ceramah’ Bielsa pada rehat separuh masa pertama nampak memberi kesan yang dikehendaki ketika perlawanan memasuki separuh masa kedua. Hasilnya mereka mendapat sedikit tuah apabila hantaran lintang Stuart Dallas melepasi semua pemain dan menerjah jaring.

Tetapi ia terbukti sekadar gol saguhati buat The Whites. Semuanya gara-gara strategi penggantian pemain Brendan Rodgers yang efektif menangani kebangkitan Leeds – dengan memasukkan James Madison dan Cengiz Under, yang menyumbang gol ketiga dan keempat The Foxes.

Under mengutip hantaran Maddison, sebelum menyungkit ke laluan Vardy untuk gol ketiga. Pada masa tambahan, Mateusz Klich dihukum pengadil selepas menjatuhkan Maddison dalam kotak penalti. Tielemans tiada masalah menyempurnakan penalti tersebut.

Kemenangang 4-1 ini memberi peringatan kepada semua peminat Premier League bahawa Leicester sememangnya mempunyai kualiti untuk mencabar slot empat pasukan teratas liga.

Leeds pula ketinggalan di tangga ke-12 liga – walaupun hanya tiga mata di belakang kelompok empat pasukan teratas. Selepas ini Crystal Palace, Arsenal dan Everton bakal menanti mereka.

Baca juga artikel lain yang berkaitan:

Mikel Arteta Tak Faham Satu Perkara Selepas Kalah Kepada Leicester

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN