Gianluigi Donnarumma Jadi Buruan Kelab-Kelab Utama Eropah

Gianluigi Donnarumma jadi buruan kelab-kelab utama Eropah selepas aksi beliau bersama AC Milan cukup memukau.

Walaupun baru berusia 17 tahun, namun beliau berjaya menunjukkan kematangan dalam permainannya.

Pilihan utama

Gianluigi Donnarumma jadi buruan selepas beliau beraksi sebanyak lebih dari 50 kali untuk AC Milan.

Nombor itu terlalu besar untuk pemain muda seperti beliau. Hal ini kerana, beliau bermain bukanlah kerana ketika kejohanan piala atau menggantikan penjaga gol utama.

Sebaliknya, beliaulah pilihan utama di AC Milan!

Bukan itu sahaja, beliau juga kini merupakan penjaga gol nombor 2 di Itali di belakang lagenda Juventus – Gianluigi Buffon.

Buffon sendiri telah ‘merestui’ karier beliau. Dengan berkata pemain muda tersebut akan menjadi pemain yang cukup hebat suatu hari nanti.

Malah, persembahan Donnarumma juga turut menarik perhatian penjaga gol Torino dari Manchester City – Joe Hart.

“Beliau adalah seorang yang cukup hebat! Dari permainan beliau, kita boleh cakap seperti beliau sudah bermain bola sepak untuk bertahun-tahun lamanya.”

“Beliau berlatih gigih untuk menjadi penjaga gol yang berjaya. Hanya usia sahaja akan mematangkan permainannya nanti.”

Buruan kelab Eropah

Gianluigi Donnarumma jadi buruan kelab-kelab utama di Eropah walaupun beliau masih baru berusia 17 tahun.

Beliau dikatikan dengan perpindahan ke beberapa kelab utama di England antaranya Chelsea dan juga Manchester United.

Agen beliau, Mino Raiola mencadangkan kepada AC Milan untuk memberikan kontrak baharu dengan gaji sebanyak £165 ribu seminggu untuk mengekalkan khidmat Donnarumma.

Jika AC Milan gagal menunaikan hasrat itu, kemungkinan besar perpindahan keluar dari AC Milan akan berlaku.

Apa pandangan anda? Haruskah Donnarumma pergi dari AC Milan untuk ke kelab yang lebih besar atau terus saja kekal di AC Milan untuk menjadi lagenda di sana? Berikan pendapat anda di ruangan komen.

Baca juga: Analisis: Claudio Bravo Bermasalah Kerana Dia Sedang Bermain Futsal!

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN