Mark Hartmann, Bekas Pelatih Southampton Yang Menyertai Bujang Senang

Sarawak melengkapkan perpindahan Mark Hartmann selepas pemain itu meninggalkan kelab Liga Singapura, Geylang United.

Beliau adalah pemain yang berdarah Inggeris, lahir di Southampton. Mark Hartmann menetap di Filipina sejak berusia 19 tahun lagi. Jadi tidak hairanlah beliau mewakili Filipina.

Profail

Nama: Mark Andrew Calibjo Hartmann
Tarikh Lahir : 20 Januari 1992
Tempat Lahir : Southampton, England
Tinggi: 1.82m
Kewarganegaraan FIFA: Filipina
Posisi: Penyerang Tengah
Pasukan 2017: Sarawak

Maklumat karier

Mark Hartmann antara pemain yang menjadi pemain penting dalam skuad Filipina. Ini kerana pemain ini memiliki kualiti penyudah yang baik.

Pemain ini memiliki latar belakang karier yang sangat baik. Pada awal remaja, Mark Hartmann pernah menjadi pelatih Southampton. Beliau kemudian beraksi untuk kelab Inggeris Swindon Town dan Blackfield and Langley.

Setelah dilepaskan Blackfield and Langley, Hartmann membuat keputusan untuk ke Filipina dengan menyertai Manila Nomads pada 2011.

Beliau terus ditawarkan tempat untuk mewakili skuad B-23 tahun Filipina. Hartmann menjadi bakat penting dalam skuad belia Filipina. Tahun yang sama beliau dipanggil untuk mewakili skuad senior Filipina.

Kejohanan kompetitif pertama Hartmann dengan skuad utama Filipina adalah Piala Long Teng di Hong Kong tahun 2011. Hartmann hanya berusia 19 tahun ketika itu dan beliau menjadi antara penggempur utama skuad Filipina.

Selain daripada kualiti penyudah, Mark Hartmann juga merupakan pemain yang boleh menjaringkan gol menerusi bola mati.

Setelah beraksi dengan beberapa kelab di Filipina beliau kemudian menyertai Liga Singapura. Ianya setelah Geylang International terpikat dengan potensi beliau. Mark Hartmann menyertail Geylang pada 2016.

Hartmann berkata, buat masa ini, karier di Geylang adalah yang paling beliau ingati. Mark Hartmann menjadi pemain kesayangan di Geylang kerana kualiti pemusnah beliau.

Namun Hartmann bergelut dengan kecederaan pada musim lalu. Walaupun begitu, beliau masih mampu meledak 8 gol daripada hanya 11 perlawanan dalam musim 2016.

Beliau kecewa kerana dilepaskan oleh Geylang United. Ini kerana menurut Hartmann, beliau kurang cergas pada awal musim 2016. Ketika beliau cergas sepenuhnya, kelab tersebut enggan menyambung kontrak beliau.

Beliau dipanggil oleh jurulatih kebangsaan Filipina untuk menyertai skuad Piala AFF Suzuki 2016. Hartmann adalah bakat yang disukai Jose Poteira (jurulatih), kerana komitmen dan displin beliau.

Namun skuad Filipina gagal untuk mara ke pusingan kalah mati.

Menyertai Sarawak

Selepas berakhir kempen Piala AFF Suzuki 2016, beliau terus pergi ke Kuching untuk menyertai trial dengan pasukan Sarawak.

Mark Hartmann berjaya memikat pengendali Sarawak, David Usup. Hartmann mendapat perhatian banyak kelab di sekitar rantau Asia Tenggara. Justeru pihak FAS terus menyegerakan usaha untuk mendapatkan tandatangan beliau.

Beliau diserap masuk dalam skuad Bujang Senang untuk musim 2017.

Mark Hartmann

Selamat datang ke Liga Malaysia Mark Hartmann dan semoga berjaya!

Baca juga: Vladislav Mirchev: Penyerang Perak Yang Pernah Beraksi Menentang Real Madrid

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN