Dikritik Media Kerana Beraksi Teruk, Gianluigi Buffon Balas “Saya Tak Mati Lagi!”

Mourinho: 'We all know we were the better team' Loading official content
Mourinho: 'We all know we were the better team'
Fenerbahce manager Jose Mourinho reflects on his sides Europa League defeat to Rangers after the Turkish giants lost on penalties, with Mourinho stating that the best side lost.
0 seconds of 1 minute, 16 secondsVolume 0%
Press shift question mark to access a list of keyboard shortcuts
00:00
01:16
01:16
 
Teruskan Menonton
Video Seterusnya Isak's Carabao Cup goals against Arsenal and Chelsea Pitchside Angle: Matías Mier’s goal vs Malut United Postecoglou: Spurs' strong response secures 3-1 victory over Alkmaar Amorim on Bruno Fernandes: 'We need to help him to win titles' Joshua Kimmich extends his Bayern contract Maresca happy for streak and confident in two players ready for the 'final sprint' Mourinho: 'We are not at a disadvantage despite losing 3-1 to Rangers' Behind the scenes: PSG's magical night at Anfield Courtois: 'I'm tired of teams crying about refereeing decisions' Vicario: 'We face this kind of pressure every week' Rodri returns to the training pitch Pitchside Angle: Kei Hirose scores a decisive goal at Dewa United Bayern's new anthem – goosebumps at the Allianz Arena Minamino scores again for Monaco in draw against Toulouse Lihat lebih video Hayters - Pressbox di OneFootball

Gianluigi Buffon merupakan salah seorang penjaga gol yang paling berjaya di dunia.

Namun adat menjadi manusia, Buffon tidak akan terlepas dari melakukan kesilapan walaupun beliau adalah seorang penjaga gol terbaik di dunia.

Kesilapan berganda

Buffon bergelut dengan prestasi beliau untuk seketika apabila beraksi dengan pasukan kebangsaan Itali.

Dalam aksi penting menentang Sepanyol dalam Kelayakan Piala Dunia 2018 di laman sendiri. Buffon telah melakukan kesilapan yang menyebabkan Sepanyol berjaya menjaringkan gol.

buffon2

Buffon cuba untuk mara ke hadapan untuk menyekat kemaraan Joao Vitolo. Namun beliau tidak berjaya untuk menghalang Vitolo dari menjaringkan gol.

Dalam aksi liga menentang Udinese, Buffon melakukan kesilapan apabila gagal menangkap kemas bola hasil rembatan Janko Jankto yang membolehkan Udinese mendahului perlawanan tersebut.

Disebabkan 2 kesilapan yang dilakukannya, Buffon teruk dikecam oleh pihak media.

Balas kritikan media

Ketika prestasi Buffon menjadi perhatian pihak media kerana aksi yang tidak menentu. Beliau akhirnya tampil menjawab semula kritikan media yang dilemparkan kepadanya.

Caranya bagaimana? Caranya adalah Buffon menghasilkan satu persembahan menakjubkan ketika menentang Olympique Lyonnais dalam aksi UEFA Champions League.

Buffon menghasilkan beberapa aksi menyelamatkan pintu gol dari dibolosi gol. Paling mencuri tumpuan adalah beliau menyelamatkan penalti yang diambil oleh Alexandre Lacazette.

https://www.youtube.com/watch?v=qrMPEOBYeDA

Penjaga gol veteran itu juga melakukan aksi menarik apabila menyelamatkan bola yang membias dari salah seorang pemain yang berada di atas padang.

Disebabkan aksi menakjubkan itu membuatkan penjaga gol Olympique Lyonnais iaitu Anthony Lopes menepuk tangan kerana kagum dengan aksi penjaga gol veteran itu.

“Saya tak mati lagi!”

Bercakap kepada media selepas tamat perlawanan, Buffon ditanya mengenai kritikan yang dilemparkan oleh media terhadapnya.

Buffon menggambarkan pihak media sedang ‘menggali lubang kubur’ untuknya.

“Mereka cuba untuk menggali kubur untuk saya. Tapi percayalah tak akan ada orang datang. Saya tak mati lagi!”

“Terlalu banyak kritikan yang tidak membina yang saya dengar sejak akhir-akhir ini. Cuma satu saja komen yang baik saya dengar iaitu ‘saya jangkakan lebih baik dari Buffon’ yang saya juga bersetuju dengannya.”

“Saya tidak akan dengar pada kritikan yang dikeluarkan oleh orang yang mahu ambil kesempatan atas kekurangan orang lain.”

Dalam masa yang sama, Buffon juga mengkritik prestasi Juventus yang tidak beraksi dalam paras sebenar.

“Kami mesti tingkatkan prestasi. Ia adalah satu perkara yang merugikan apabila kami gagal menggunakan segala peluang yang kami ada.”

Juventus menang ke atas Olympique Lyonnais 1-0 hasil jaringan Juan Cuadrado.

Mereka kini mendahului kumpulan H di UEFA Champions League dengan 7 mata. Hanya mendahului Sevilla di tangga ke-2 dengan kelebihan jaringan.

Baca juga: Pavel Nedved Mahu Buffon Main Sampai Umur 50 Tahun, Menyesal Tak Ke Premier League

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN