Pavel Nedved Mahu Buffon Main Sampai Umur 50 Tahun, Menyesal Tak Ke Premier League

Kita semua tahu betapa hebatnya Gianluigi Buffon.

Pada usia 38 tahun, beliau masih lagi kapten bagi Juventus dan pasukan kebangsaan Itali.

Walaupun sudah boleh mencecah 40 tahun, Buffon masih lagi mempamerkan kualiti persembahan yang terbaik setiap minggu.

Malah beliau masih lagi sebahagian daripada kumpulan penjaga gol yang masih lagi terbaik di dunia.

Mahu main sampai umur 50 tahun

Bekas rakan sepasukan Buffon di Juventus iaitu Pavel Nedved mahu melihat bekas rakan sepasukannya itu beraksi sehingga berusia 50 tahun.

Hal ini kerana Nedved masih lagi kagum dengan komitmen yang Buffon tunjukkan walaupun sudah berusia 38 tahun.

gianluigibuffon_1ry9wx5cq07771

“Beliau masih lagi menjadi orang pertama yang sampai ke padang latihan.”

Nedved kagum dengan semangat dan keazaman yang ditunjukkan oleh Buffon. Menurut Nedved, Buffon masih lagi mempunyai semangat seperti anak muda.

Beliau juga mengatakan beliau tidak janggal melihat Buffon dan Claudio Marchisio serta Giorgio Chiellini masih lagi beraksi.

Nedved tidak hairan dengan komitmen yang diberikan mereka bertiga kerana mereka semua sudah terbiasa dengan gaya hidup dengan sebagai pemain Juventus.

“Ia adalah sebahagian daripada gaya hidup sebagai pemain Juventus. Kami sudah terbiasa dengan latihan keras sepanjang minggu.”

“Pihak lawan sudah semestinya memberikan lebih daripada 100% jadi kami perlu bersedia. Anda tak akan faham apa yang kami maksudkan sehingga anda menjadi pemain Juventus.”

Buffon pernah menyatakan hasrat untuk bersara sekurang-kurangnya selepas Piala Dunia 2018 di Rusia.

“Bila Buffon akan bersara? Itu saya tak tahu. Dia pernah cakap nak bersara selepas Piala Dunia tapi saya nak dia main sampai umur dia 50 tahun!”

Menyesal tidak ke Manchester United

Nedved pada era kegemilangannya pernah memperoleh anugerah Ballon d’Or pada tahun 2003.

Sepanjang bermain di Itali bersama Lazio dan Juventus, Nedved telah memperoleh semua gelaran yang ditawarkan di Itali. Namun satu gelaran sahaja yang beliau tidak dapat iaitu UEFA Champions League.

Nedved berpeluang memenangi kejuaraan tertinggi untuk bola sepak kelab di Eropah itu pada 2003. Namun kerana rekod disiplinnya yang teruk membuatkan beliau terlepas aksi perlawanan akhir.

“Musim tersebut saya mengutip terlalu banyak kad kuning. Terlepas aksi perlawanan akhir adalah penyesalan saya.”

Juventus bagaimana pun tewas perlawanan akhir tersebut di tangan AC Milan.

a-c-_milan_lifting_the_europea

Barangkali jika Nedved beraksi, beliau mampu mengubah nasib pasukannya itu.

Selain daripada terlepas perlawanan akhir UEFA Champions League, Nedved juga menyesali tentang satu lagi perkara.

“Saya menyesal kerana saya pernah menolak untuk ke Manchester United.”

Baca juga: Marcello Lippi Gesa Juventus Jual Pogba, Dakwa Juventus Lebih Hebat Lepas Jual Zidane

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN