Walaupun sudah menikmati kemuncak prestasi dalam karier beliau, penjaga gol veteran Paris Saint-Germain (PSG), Gianluigi Buffon menyifatkan prestasinya hanya meningkat sejak beberapa tahun kebelakangan ini.
Buffon yang sekian lama menabur bakti buat Juventus memilih untuk ke Paris bagi menikmati fasa baharu dalam karier bola sepak beliau.
Penjaga gol legenda itu telah memenangi sembilan kejuaraan Serie A bersama kelab Turin tersebut.
”Jika anda bertanya kepada saya ‘pada usia 35 tahun, adakah anda merasakan perbezaan seperti hari ini?’ saya akan berkata, ‘Saya rasa saya lebih baik’.”
”Kemudian anda akan berkata, ‘Mustahil’. Saya juga begitu. Kadangkala apabila saya pulang ke rumah, itulah yang saya katakan kepada diri saya: ‘Ia tidak mungkin’.”
”Namun, dalam diri saya, saya merasakan lebih baik berbanding lima, enam atau tujuh tahun yang lalu.”
”Saya tidak boleh mengatakan sebabnya. Mungkin kerana saya telah mengubah pendekatan saya.”
Selepas menyertai PSG pada awal musim ini, Buffon telah diberikan peluang oleh Thomas Tuchel bagi beraksi pada tiga perlawanan terawal.
Ia adalah pada perlawanan pembuka tirai Trophée des Champions menentang AS Monaco serta dua perlawanan Ligue 1 bertemu Stade Malherbe Caen dan En Avant de Guingamp yang menyaksikan beliau hanya dibolosi satu gol daripada tiga perlawanan yang dihadapinya.